Kerja sebagai juruteknik komputer ini, adakalanya mampu mendatangkan stress. Selain dari menghadapi permasalahan dari komputer-komputer dan peranti yang bersangkutan dengannya, kerja sebagai juruteknik komputer telah dirumitkan apabila berhadapan dengan pelbagai kerenah sikap manusia yang pelbagai ragam.
Natijah kerja di dalam bidang IT ini adalah apabila masalah-masalah berkaitan komputer dan peralatan ICT hadir pada waktu-waktu yang tidak dijangka. Ia boleh datang begitu sahaja tanpa diduga. Walau sebaik mana penjagaan dan penyelenggaraan yang kita lakukan, ia tetap boleh berlaku.
Tambahan pula, cara penggunaan PC dan peranti-peranti ini antara setiap pengguna adalah tidak sama. Ada yang guna secara cermat dan tahu had masa untuk menutupnya. Ada juga yang tak faham bahasa, hentam guna selagi boleh dan tak mahu untuk mematikannya. Mentang-mentanglah komputer ini tidak boleh untuk bersuara dan membantah.
Jika berlaku masalah, masa yang diperlukan untuk membaikinya tidak menentu. Ada masa ia boleh disiapkan segera. Ada masanya ia makan masa yang amat lama hingga berhari-hari untuk menyelesaikannya. Pengguna pula mahu ia diselesaikan seberapa segera tanpa mahu memahami norma kerja bidang ICT itu sendiri.
Itu belum dicampur lagi dengan kerja-kerja sampingan dan arahan dari masa ke semasa diberikan oleh pihak-pihak lain yang mampu mengganggu rentak kerja seseorang juruteknik komputer menyelesaikan masalah berkaitan ICT.
Pada kebiasaannya, juruteknik komputer tidak gemar flow kerja-kerjanya diganggu. Selain dari melambatkan proses baik pulih, ia juga mampu menghilangkan fokus juruteknik terbabit dalam menyelesaikan masalah. Namun, sesetengah pihak seringkali beranggapan kerja juruteknik komputer ini mempunyai banyak waktu yang terluang. Justeru mereka-mereka ini boleh dipanggil dan diarahkan dari masa ke semasa untuk melakukan kerja-kerja bukan hakiki dalam organisasi.
Wahhh…pengalaman yang hebat ni.
Memang ambe akui ambe pernah mendengar orang kata juruteknik komputer ni kerjanya mudah sahaja. Malah kalau ada kerosakan major pun, pihak ketiga yang akan uruskan.
Apapun, hanya tuan empunya diri sahaja yang boleh menceritakan pengalaman sebenar, kan.
Sungguh teknikal.
Kalau tengah service ataupunrepair memang tak boleh ganggu.
Nanti semua tak jadi.
Pula kena periksa apa yang rosak dulu.
Agak melecehkan la.
Tapi kalau minat mesti enjoy.
Aruah ayah saya pernah kata hanya satu kerja saja di dunia yang mudah: mengecat langit! Kita tak perlu bersusah payah mengecat langit setiap hari kerana langit akan sentiasa berwarna biru kecuali waktu malam atau cuaca kurang baik…
setiap kerja yang kita lakukan pasti ada cabaran dan kesukarannya. Tak ada kerja dalam dunia ini yang senang.
semua kerja makan gaji sama….memang ada bab yang kita tak suka
kerja teknikal sentiasa ada cabaran, menghadapi banyak kemungkinan.
Sungguh teknikal… kalau saya lagilah stress… fenin2…
sebgaia juruteknik komputer kerajaan,aku brstju dgn pnergn ko tu…mmg x de yg bleh fhm mlainkn kta sndri jrutknik komputer dn yg trlbt dgnnya..stress bla sllu dtduh tdur…fakk aarr bla msa tdur…kdg2 dtduh x de keje..bulshit x kn nk bwa pc dn sbgainya repair dkt tgh dtaran kot..kdg2 lg hna bla bnda total damage kna tkr brg dsruh repair…ko ingt diorg nk bg duit ke hanat…report vendor slp2 lbih sthun bru bleh tkr..siap ada ckp nk tkr jwtn la mkn gji buta la…klau x thu,lbih baik diam hawau…