Utama Teknologi Tiada Istilah Cuti Bagi Penulis Blog Yang Baru Naik

Tiada Istilah Cuti Bagi Penulis Blog Yang Baru Naik

743
13

Blogging

Hari ni, negeri Selangor cuti. Aku kerja di Kuala Lumpur. Jadi, tiada cuti untuk aku hari ini. Namun, sejak percubaan aku untuk menulis blog dengan lebih serius, jarang dapat aku rasakan yang diri aku ni benar-benar bercuti.

Hampir kebanyakan masa digunakan untuk mendapatkan ilham supaya kemahiran menulis aku menjadi semakin mantap. Macam-macam cara aku cuba. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang barai.

Banyak yang try and error.

Perlu dapatkan cara untuk sesuaikan diri. Lagipun, diri manusia ini jika dilatih dan dibiasakan, insyaAllah boleh lakukan pelbagai perkara termasuklah dapat menulis dengan baik. Cuma bergantung pada kemahuan dan kemampuan diri. Juga, pada masa yang sama kita sebagai manusia perlu berdoa semoga usaha kita diberkati.

Usaha aku untuk menulis blog ini lebih kepada pencarian diri. Ke arah mematangkan fikiran dan mencambahkan idea. Sure, pada sesetengah orang mungkin kerja menulis blog ni adalah perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan hasil. Atas alasan, ianya sukar untuk menjana pendapatan lumayan darinya. Malah, jika kerja di 7-Eleven setahun pun, ia mampu menjana pendapatan jauh lebih besar jika hendak dibandingkan dengan jumlah pendapatan aku yang dijana dari penulisan blog.

Soalnya disini, mana satu cabang kerja sampingan yang mendatangkan kepuasan kepada diri aku?

Jawapan aku, tentulah kerja menulis blog.

Walaupun tidak lumayan, pada aku untuk jangka panjang, dalam penulisan blog ni mungkin aku dapat meraih sesuatu yang jauh lebih bermakna dari sekadar menambah pendapatan wang ringgit.

Kemahiran yang dibentuk dan dilatih dari keinginan diri jauh lebih bermakna dari kemahiran yang dipaksakan dan hanya untuk keuntungan segelintir pihak yang memanipulasikan sistem.

-Imej diperoleh dari iStockphoto

13 KOMEN

  1. kadang-kadang letih juga nak cari idea menulis blog…

    tapi menulis blog membuat kita sentiasa berfikir, mencari, menganalisa…melihat sesuatu dgn mata, minda dan hati…satu kepuasan utk diri sendiri…keep on blogging..

  2. Setuju sgt2.. klu nak kejar duit semata2 mmg tak jadilah. Kena ada minat juga sbb dgn minat tu juga membuatkan kita tak rasa ttg cuti2 dlm berblog ni.. In shaa Allah, rezeki tu akan dtg juga nanti.
    Ada juga cita2 nak jadi blogger sepenuh masa, tp biar perkara yg asas utk kehidupan org yg berkeluarga spt kita ni sekurang2nya ada jangka masa utk survive. Klu tak boleh jadi haru biru juga jadinya nanti…

  3. Blogging ni bg aku, satu hobi yg mengembangkan minda. Apa itu hobi? Hobi ialah perkara yg dilakukan pada masa lapang, yg mana perkara tu kita minat buat. Jd, blogging itu bukan satu bentuk kerja, maka tiada istilah bercuti utk sebuah hobi ;3

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.