Utama Teknologi Ilmu Tukar Tiub

Ilmu Tukar Tiub

2900
7

Tukar Tiub

Kerja baik pulih dan penyelenggaraan motosikal pada kebiasaannya lebih murah dan menjimatkan jika hendak dibandingkan dengan kereta. Tapi, bagi golongan yang berpendapatan sengkek seperti student atau penjawat awam gred 17, sebarang kerosakan pada motosikal yang dimiliki mampu memberikan kerunsingan dalam kepala hotak yang bukan sedikit.

Tiub tayar bocor adalah antara kerosakan yang dialami oleh para penunggang motosikal. Walaupun kos ganti tiub ini kecil dan kebanyakan masa tidak melebihi RM15, namun boleh berpeluh jugak kalau terkena kat jalan-jalan raya yang jauh dari bengkel.

Dulu, waktu aku study di Politeknik Ungku Omar, motosikal aku agak kerap juga tiub tayar aku bocor. Hal ini diakibatkan oleh faktor tayar yang berusia lebih dari 3 tahun tak berganti. Faktor banyak sangat merayap pun ya jugak. Bila dah ganti dengan tayar baru, barulah ok sikit.

Kalau nak ganti tiub tu, jarang-jarang aku bawak motorsikal ke bengkel untuk digantikan tiubnya. Kebanyakan masa, aku bawak balik ke rumah sewa aku je. Kat dalam rumah aku, majoritinya jenis layan motor walaupun bukan kategori mat rempit. Surely, bukan spesis skema dan mat belia. Jadinya, ilmu maintenance dan selok belok tentang hal-ehwal enjin motosikal ni agak penuh la dalam dada diorang.

Paling barai dalam ilmu motorsikal ni dalam rumah tu adalah aku.

Jadinya, bila time nak tukar tiub, terkial-kial lah aku membuka tayar motor aku. Padahal Honda EX-5 aje pun. Bukan motor jenis lain yang lebih kompleks. Dalam terkial-kial tu, mujurlah member-member rumah ni jenis ada sifat ehsan. Banyak jugaklah yang diorang ajar aku pasal cara nak bukak motor dan jugak pasang balik. Yer la, dah bukak takkkan takda pasang balik kan. Kang motor tu nak bergerak macam mana kalau tayarnya kurang satu. Belajar ilmu mesti kena sampai habis.

Sudin Ali Baba Bujang Lapok
Kes belajar Ilmu tak habis

Ilmu-ilmu macam tukar tiub ni mungkin sesetengah orang pandang lekeh je. Yer la, kerja ‘kotor’ kan.

Walaupun tangan kita akan kotor, tapi manfaatnya besar andai pengetahuan tukar tiub ini digunakan untuk bantu orang lain.

Misalnya member-member rumah sewa aku ni. Bukan sedikit insan yang mereka bantu sepanjang perjalanan mereka ulang-alik dari kampung masing-masing ke Ipoh. Diorang ni kebanyakannya bukan berasal dari negeri Perak. Ada yang dari Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Bila diorang balik kampung, antara barang yang sering dipastikan untuk dibawa bersama adalah tiub motorsikal, pam tangan, spark plug selain dari set tool untuk repair seperti skru driver, spanar dan lain-lain.

Selain dari untuk kegunaan sendiri di waktu kecemasan, ia juga boleh digunakan untuk membantu orang lain yang ditimpa kesusahan dalam sepanjang perjalanan. Pernah aku dengar cerita sorang member aku ni tolong tukarkan tiub untuk sorang pakcik ni kat tepi highway PLUS kawasan Sungkai free je. Bukannya pakcik ni tak nak bagi duit sebab kedekut ke apa. Cuma member aku ni tak sampai hati nak terima sebab terkenangkan kat ayahnya sendiri bila tengok rupa pakcik tu. Kebetulan pulak, pakcik tu sebenarnya baru lepas on the way balik dari hantar anak dia ke asrama.

Mujur member aku ni terserempak. Kalau tak, entah macam manalah pakcik ni balik ke rumah dia di Gopeng.

Ilmu, walau macam mana keadaannya sama ada kita nampak ‘besar’ atau ‘kecil’ tetap berikan manfaat. Kalau bukan untuk kita pakai sekarang pun, mungkin boleh digunakan untuk bantu insan lain.

-Imej tukar tiub diperoleh dari Daku Lala

7 KOMEN

  1. saya pernah tukar tiub sendiri, memula silap, tersepit tiub yang baru ganti tu, koyak… bocor… nasib baik ada lagi 1 tiub… lepas tu tak pernah dah tukar tiub sendiri lagi

  2. kenderaan ni satu keperluan, kalau rosak memang susah…bila kita dalam kesusahan, ada yg dtg membantu, memang satu kelegaan..

    bukan motor saja, tapi kereta juga, org perempuan juga mesti tahu mcmana nak jack kereta, ganti tayar, check minyak hitam…kena ada ilmu juga..

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.