Utama Perkakasan AMD AMD Radeon RX 6600XT kini rasmi; Berharga USD379 (RM1,599)

AMD Radeon RX 6600XT kini rasmi; Berharga USD379 (RM1,599)

553
0

AMD kini telah mengumumkan Radeon RX 6600XT, kad grafik terakhir di dalam siri GPU Radeon RX 6000 dan ia menawarkan kualiti grafik permainan 1080p bagi peringkat pemula.

Radeon RX 6600XT menggunakan teknologi RDNA2, iaitu teknologi yang sama seperti yang digunakan oleh GPU Navi 23XT.

Dari segi spesifikasinya, 6600XT menampilkan memori grafik GDDR6 8GB, 32 Unit Penghitung (Compute Units, CU), Cache Infinity 32MB dan clock permainan 2359MHz. Secara lalainya, kad ini mempunyai TDP sebanyak 160W dan memerlukan pin penyambung PCIe tunggal 8-pin untuk bekalan kuasa tambahannya.

Memandangkan kad ini menggunakan teknologi RDNA2, 6600XT berkeupayaan memanfaatkan peningkatan grafik Radeon sepenuhnya seperti Radeon Anti Lag, Radeon Boost, Smart Access Memory (SAM), sokongan ray-tracing, dan teknologi penaik skala grafik FidelityFX Super Resolution (FSR).

Kad grafik Radeon RX 6600XT ini akan memasuki ke pasaran bermula dari 11 Ogos ini dengan harga jualannya USD379 (~RM1,599). Bagaimanapun, oleh kerana terdapat masalah kekurangan bekalan cip yang amat kritikal, harganya dijangkakan akan menjadi lebih tinggi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.