Sejak dilancarkan pada Januari tahun ini, Pangkalan Data Utama (PADU) hanya berjaya mendapatkan kira-kira 5.22 juta pengguna mendaftar ke dalam sistem pangkalan data berkenaan. Ia bersamaan kira-kira 17.3% dari lebih 30 juta rakyat Malaysia yang telah mendaftar, lebih rendah dari sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Bilangan pengguna yang berdaftar di dalam PADU yang rendah ini agak membimbangkan kerana ia bertujuan membantu pihak kerajaan menyalurkan bantuan bersasarkan kepada rakyat Malaysia mengikut pelbagai kategori pendapatan.
Salah satu faktor bilangan pendaftaran yang rendah ini antaranya laman webnya dikatakan agak kurang mesra pengguna terutamanya dikalangan warga emas.
Sehingga 16 Mac 2024 jam 11.59 malam, jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu adalah seramai 5.22 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran. pic.twitter.com/s951JejuEE
— PADUOfficial (@paduofficial_) March 17, 2024
Selain itu, persepsi ancaman keselamatan juga berkemungkinan menyumbang kepada faktor sesetengah pengguna teragak-agak untuk mendaftar di dalam pangkalan data tersebut. Februari lalu, kumpulan penggodam R00TK1T mendakwa telah memecahkan masuk pangkalan data LPPKN dari tersilap anggap ia sebagai pangkalan data PADU.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah menafikan dakwaan tersebut dan menjamin PADU tidak pernah dikompromi sejak ia mula dilancarkan.