Utama Teknologi GovTech Pengguna yang tidak mendaftar dengan PADU akan mempunyai Data Asas sahaja di...

Pengguna yang tidak mendaftar dengan PADU akan mempunyai Data Asas sahaja di dalam Sistem

68
0
Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin DOSM
Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, Imej dari Facebook PADU Official

Rakyat Malaysia yang memilih untuk tidak mengemaskini maklumat masing-masing di dalam Pangakala Data Utama (PADU) akan mempunyai data asas di dalam sistem, menurut Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

“Dalam sistem PADU, sudah ada data (kira-kira) 30 juta (rakyat). Namun, ini hanya data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi. Cuma yang kita perlukan ialah data ‘dinamik’, ujar beliau di dalam sidang media.

Menurut beliau, terdapat kira-kira 10.6 juta rakyat Malaysia yang telah mengemaskini maklumat menerusi PADU sehingga semalam. Angka ini bersamaan 48.3% dari 21.96 juta rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Tambah beliau lagi, 1.69 juta rakyat di Selangor telah mengemaskini data masing-masing di dalam PADU, bersamaan 41% daripada populasi dewasa di Selangor. Manakala Perlis, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan pula menjadi negeri yang mencatatkan nisbah tertinggi penduduk yang mengemaskini data di dalam PADU. Keempat-empat negeri berkenaan juga telah melepasi paras 50% pendaftaran.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.