Utama Teknologi GovTech Belanjawan 2025: MyDigital ID akan menjadi hab untuk JPJ, LHDN, Padu

Belanjawan 2025: MyDigital ID akan menjadi hab untuk JPJ, LHDN, Padu

264
0

Antara pengumuman ketika pembentangan Belanjawan 2025 tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan palikasi MyDigital ID akan menjadi aplikasi digital tunggal kerajaan untuk semua agensi kerajaan termasuk JPJ, LHDN dan PADU.

Awal bulan ini, pengguna aplikasi mudah alih MyJPJ dimaklumkan perlu mempunyai akaun MyDigital ID untuk melog masuk ke dalam aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan berkenaan.

Sehari selepas pengumuman tersebut, Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyatakan pengguna MyJPJ tidak perlukan MyDigital ID untuk menggunakan aplikasi tersebut. Dalam pada masa yang hampir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID Sdn Bhd Mohd Mirza Mohd Nor menyatakan pelaksanaan MyDigital ID hanya ditangguhkan dan bukannya dibatalkan.

Pertama kali diumumkan pada November tahun lalu, MyDigital ID diwujudkan bagi memacu Malaysia dengan inisiatif digitalisasi. Jumlah pengguna yang mendaftar MyDigital ID kini telah mencecah sejuta pengguna.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.