Utama Teknologi GovTech 58.7% Rakyat Malaysia telah mengemaskini PADU, Data Kerajaan sedia ada cukup untuk...

58.7% Rakyat Malaysia telah mengemaskini PADU, Data Kerajaan sedia ada cukup untuk tentukan Subsidi Bersasar -Rafizi Ramli

108
0

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada hari ini telah mengumumkan sejumlah 11.55 juta atau 52.6% rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas telah mengemaskini maklumat di dalam Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga tarikh tutupnya semalam. Ini menjadikan keseluruhan 17.65 juta atau 58.7% individu telah dikemaskini profilnya di dalam pangkalan data tersebut termasuk yang berusia bawah 18 tahun.

Di dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Rafizi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan pembangun PADU di Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Digital Negara, Kementerian Komunikasi dan lain-lain agensi kerajaan yang membantu melaksanakan PADU. Menteri Ekonomi berkenaan juga berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengambil langkah mendaftar ke dalam PADU.

Beliau juga berkongsikan peratusan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas yang berdaftar dengan PADU seperti jadual berikut:

Negeri% Pendaftaran (warganegara berumur 18 tahun dan ke atas)
Johor48.4
Kedah58.9
Kelantan65.2
Melaka53
Negeri Sembilan56.2
Pahang59.7
Pulau Pinang52.9
Perak60.3
perlis66.9
Selangor44.5
Terengganu62.7
Sabah52.8
Sarawak46.7
W.P. Kuala Lumpur47.6
W.P. Labuan55.2
W.P. Putrajaya56.5
Jumlah52.6

Rafizi turut menyatakan Kementerian Ekonomi akan membentangkan rancangan untuk subsidi bersasar kepada Kabinet dalam bulan ini. Sebarang pengumuman berkenaan perkaraan ini akan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan tidak lama lagi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.