Utama Mobile Android Sekatan Perdagangan Huawei: A.S. mungkin tidak lanjutkan tempoh Dagangan 90 hari

Sekatan Perdagangan Huawei: A.S. mungkin tidak lanjutkan tempoh Dagangan 90 hari

642
0

Konflik di antara Huawei dengan kerajaan Amerika Syarikat dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan dalam jangka masa terdekat ini. Huawei pada awal tahun ini telah dikenakan sekatan perdagangan oleh pentadbiran Presiden Trump. Namun telah diberikan tempoh pengecualian sementara untuk berdagang dengan syarikat-syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat selama 90 hari.

Pentabiran kerajaan Amerika Syarikat bagaimanapun berkemungkinan besar tidak memperbaharukan tempoh pengecualian berkenaan yang telah ditetapkan akan tamat pada 19 November ini. Penolong Setiausaha Bahagian Dasar Siber Jabatan Dalam Negeri A.S., Rob Steyer memberitahu pemberita Khamis lalu bahawa A.S. mungkin akan mengambil tindakan terhadap negara-negara sekutunya yang meneruskan penggunaan infrastruktur internet Huawei.

Huawei kini sudah mula merasakan kesan akibat dari sekatan perdagangan ini apabila siri Mate 30 menjadi telefon pintar untuk pasaran global pertama keluaran Huawei yang didatangkan tanpa sebarang perkhidmatan Google.

Jika sekatan perdagangan ini diteruskan lagi, Huawei bakal berdepan dengan kemungkinan tidak dapat mendapatkan komponen-komponen dari syarikat-syarikat yang berpangkalan di A.S. seperti Qualcomm, Intel dan sebagainya.

Sumber berita diperoleh dari Bloomberg

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.