Utama Perkakasan Qualcomm Xiaomi 15 dilaporkan akan menjadi Telefon Pintar Pertama guna Qualcomm Snapdragon 8...

Xiaomi 15 dilaporkan akan menjadi Telefon Pintar Pertama guna Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4

41
0

Qualcomm telah mengesahkan akan melancarkan pemprosesan mudah alih mercu baharunya, Snapdragon 8 Gen 4 Oktober tahun lalu. Baru-baru ini terdapat ura-ura yang mengatakan Xiaomi akan mengeluarkan telefon pintar pertama yang menggunakan pemprosesan berkenaan.

Jika maklumat dari pentiris maklumat tegar Yogesh Brar ini tepat, kemungkinan Snapdragon 8 Gen 4 akan membuat kemunculan pertama melalui Xiaomi 15. Selain telefon pintar berkenaan, OnePlus 13 dan iQOO 13 juga akan menggunakan pemprosesan yang sama.

Mengambil kira perkembangan pada tahun lepas, Xiaomi 14, OnePlus 13 dan iQOO 12 juga dilancarkan sebagai telefon pintar pertama yang menampilkan Snapdragon 8 Gen 3. Oleh yang demikian, tidak mustahil perkara yang hampir sama akan berlaku untuk versi keluaran tahun ini pula.

Xiaomi 14

Seperti biasa, telefon pintar keluaran Xiaomi yang akan datang tersebut mungkin akan dilancarkan di China terlebih dahulu sebelum dilancarkan ke pasaran global beberapa bulan berikutnya.

Snapdragon 8 Gen 4 dibina berasaskan proses pembuatan 3nm dari TSMC dan akan menyertakan teras CPU Oryon baharu yang terdapat di dalam pemprosesan Snapdragon X Elite. Khabar angin menyatakan ia akan mempunyai enam teras CPU tersebut serta enjin neural yang ditambah baik bagi meningkatkan keupayaan AI generatifnya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.