Utama Automotif Tesla Model 3 Performance kini boleh ditempah di Malaysia pada harga RM242,000

Tesla Model 3 Performance kini boleh ditempah di Malaysia pada harga RM242,000

38
0

Tesla Model 3 pertama kali dilancarkan di Malaysia pada hujung tahun lalu, dengan memperkenalkan model Rear-Wheel Drive dan Long Range terlebih dahulu. Model Performance pada ketika itu tidak diperkenalkan dan kini anda boleh memesannya dari laman web rasminya.

Sebagaimana yang telah diumumkan, Tesla Model 3 Performance hadir dengan bahagian luar dan bahagian dalam “bagi melengkapkan Ludicrous Mode”. Antaranya lencana bagi menunjukkan mod tersebut, spoiler belakang yang lebih besar dan sistem suspensi adaptif baharu. Bahagian dalamnya pula mempunyai tempat duduk hadapan baharu dengan lencana Ludicrous Mode dan dirapikan dengan karbon fiber.

Tesla Model 3 Performance mempunyai kelajuan tertinggi 262km/j dengan kelajuan memecut dari 0 kepada 100km/j dalam tempoh 3.1 saat, dan jarak WLTP 528km. Turut disediakan ‘Track Mode’ yang meningkatkan keseimbangan pengendalian dan kawalan kestabilan.

Anda boleh membuat pesanan Tesla Model 3 Performance pada harga RM242,000 menerusi laman web rasmi Tesla.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.