Sesetengah dokumen Microsoft Word tidak sama orientasi pada halaman-halamannya mengikut keperluan yang dikehendaki oleh pengguna. Bergantung pada keadaan, perubahan orientasi dapat memudahkan anda memasukkan maklumat yang berkaitan pada sesebuah dokumen.
Kaedah menukar orientasi halaman dokumen Microsoft Word adalah hampir sama bagi versi 2016 dan 2019. Apa yang perlu diambil perhatian adalah fungsi-fungsi yang disediakan pada ‘ribbon’ yang ditempatkan pada sebelah atas tetingkap Microsoft Word.
Untuk menukarkan orientasi halaman, anda boleh melakukan langkah-langkah ini. Contohnya anda inginkan halaman 1 dalam bentuk “potrait”, seterusnya halaman 2 dalam “landscape” dan halaman terakhir, 3, kembali dalam bentuk “portrait”. Anda boleh mengikuti kaedah seperti berikut:
- Tempatkan kursor anda pada permulaan halaman yang anda ingin tukarkan kepada “landscape”. Contoh disini adalah pada halaman 2.
- Pilih “Layout” atau “Page Layout” > “Breaks” > “Next Page” untuk mewujudkan seksyen (section) baharu.
- Pilih tab “Layout” dan pilih “Orientation” > “Landscape“
Seterusnya, untuk halaman 3, jika anda inginkannya kembali ke orientasi “portrait”
- Tempatkan kursor anda pada permulaan halaman yang anda ingin tukarkan kepada “portrait”. Contoh disini adalah halaman 3.
- Anda boleh ulangi langkah seperti sebelum ini dengan, pilih “Layout” atau “Page Layout” > “Breaks” > “Next Page” untuk mewujudkan seksyen (section) baharu.
- Pilih tab “Layout” dan pilih “Orientation” > “Portrait“
Diharapkan panduan ini dapat mempermudahkan urusan anda menyiapkan dokumen-dokumen yang anda perlukan untuk tugasan anda.