Utama Mobile iOS AirPods didakwa boleh menyebabkan Kanser oleh Sekumpulan Saintis dari 40 buah negara

AirPods didakwa boleh menyebabkan Kanser oleh Sekumpulan Saintis dari 40 buah negara

865
0

Sekumpulan saintis telah mengeluarkan amaran penggunaan fon telinga tanpa wayar Apple AirPods kerana didakwa mengeluarkan radiasi merbahaya. Seramai hampir 250 orang saintis dari 40 buah negara telah menandatangani petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menentang penggunaan peranti berkenaan.

Menurut kumpulan saintis tersebut, penggunaan AirPods boleh meningkatkan risiko kanser disebabkan radiasi gelombang elektromagnetik (electromagnetic field, EMF) yang dipancarkan melalui teknologi Bluetooth olehnya.

Kumpulan tersebut turut mendakwa Agensi Kajian Kanser Antarabangsa (International Agency for Research on Cancer) telah menetapkan EMF sebagai “berkemungkinan karsinogenik” kepada manusia. Selain itu, EMF juga dikaitkan boleh menyebabkan kerosakan dan gangguan genetik menurut kumpulan saintis tersebut lagi.

Bagaimanapun, terdapat saintis yang tidak bersetuju dengan pandangan ini memandangkan peranti audio tanpa wayar seperti AirPods ini hanya memancarkan gelombangnya untuk seketika sahaja. Iaitu ketika ingin menambat pada peranti yang dihubungkan sahaja dan bukannya memancarkan gelombang sepanjang masa.

Lagipun, pelbagai jenis penyelidikan yang telah dilakukan berkenaan kaitan kanser dengan penggunaan telefon pintar pada manusia sebelum ini dan didapati ianya tidak meningkatkan risiko kanser terhadap manusia.

Apple sewaktu selepas pelancaran AirPods beberapa tahun yang lepas pernah mengeluarkan data kadar radiasi yang diserap oleh AirPods adalah pada 0.466 watt/kg. Jauh di bawah kadar selamat yang telah ditetapkan oleh FCC iaitu pada 1.60 watt/kg.

Sumber berita dan imej diperoleh dari News.Com.Au

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.