Utama Komputer Pasang Windows 10 dengan cara Clean Install

Pasang Windows 10 dengan cara Clean Install

2402
0

Windows 10 akhirnya telah tiba dan komputer anda jika menggunakan Windows 8.1, Windows 8 atau Windows 7 akan mengeluarkan satu notis yang memberitahu anda untuk menaik taraf. Namun, jika anda ingin memulakan dari pemasangan bersih (clean install), anda boleh mengikut langkah-langkah berikut.

Melakukan pemasangan baharu agak mudah langkahnya asalkan anda menggunakan lesen Microsoft yang sah. Berikut adalah apa yang anda perlu lakukan;

  1. Lakukan backup terhadap data-data anda terlebih dahulu! Membuat pemasangan bersih akan menghapuskan keseluruhan kandungan di dalam cakera keras anda – baik dokumen, perisian dan sebagainya. Oleh itu, lebih baik anda lakukan backup terlebih dahulu sebelum pergi ke langkah seterusnya.
  2. Jika anda membeli salinan Windows 10 yang tulen, kekunci lesen sistem operasi berkenaan boleh didapati di dalam kotak bungkusan atau di dalam emel anda. Gunakan lesen apabila diberitahu. Bagi anda yang merupakan pengguna Windows 7 atau Windows 8, anda layak untuk menaik taraf dengan percuma dan juga boleh memilih untuk melakukan pemasangan bersih jika tidak ingin menaik taraf automtik. Anda hanya perlu menunggu kemaskini yang diperlukan untuk proses naik taraf tersebut. Walaupun ianya sedikit memakan masa, namun ianya berbaloi memandangkan yang ianya adalah percuma.
  3. Sebaik sahaja anda mendapatkan kekunci lesen Windows 10 anda atau selepas proses pemasangan aplikasi naik taraf dari Windows 7/8 secara percuma selesai, pergi ke halaman ini untuk memuat turun Media Creation Tool dari Microsoft. Lancarkannya sebaik sahaja proses muat turun selesai.
  4. Pilih “Create installation media for another PC” dan klik “Next”.
  5. Pilih bahasa yang diinginkan berserta edisi Windows anda. Jika anda membeli Windows 10, ia akan menyatakan edisi apa yang anda peroleh pada kotak bungkusan atau emel anda. Jika anda menaik tarafnya dari Windows 7 atau Windows 8, akan boleh memeriksanya melalui Control Panel > System and Security > System.
  6. Pilih jenis media yang ingin digunakan. Saya mencadangkan anda menggunakan pemacu USB.
  7. Media Creation Tool akan memuat turun dan akan “burn” fail instalasi untuk anda. Apabila selesai, mulakan semula komputer anda. Pastikan pemacu USB yang digunakan untuk burn tadi tidak ditanggalkan.
  8. Boot dari pemacu USB anda. Biasanya anda boleh mendapatkannya melalui kekunci F12 pada permulaan komputer dihidupkan dan dari situ anda akan diberi pilihan senarai storan yang ingin dibootkan.
  9. Paparan instalasi Windows 10 akan muncul dan ikut arahan yang diberikan dan pada senarai pilihan, ambil “Custom: Install Windows Only”.
  10. Pilih storan yang anda ingin gunakan untuk memasang sistem operasi berkenaan. Jika anda tidak pasti yang mana satu, lihat pada storan yang besar nilainya atau yang dinyatakan sebagai “Primary” pada kolum sebelah kanan. Pastikan ia adalah betul-betul storan yang anda inginkan kerana proses berikutnya akan membuatkan keseluruhan kandungan storan tersebut terus dipadamkan.
  11. Klik pada butang “Format”. Jika butang “Format” dikaburkan, klik butang “Delete” dan kemudian klik “New”. Tekan “Next” untuk pasang Windows pada storan berkenaan.
  12. Bomoh pemasangan (installation wizard) akan memandu anda ke proses seterusnya yang lebih mudah.

Ada banyak lagi cara yang boleh digunakan dan ini merupakan salah satu cara untuk memasang Microsoft Windows 10. Sebaik sahaja proses pemasangan selesai, anda boleh memilih aplikasi-aplikasi yang diinginkan dan enjoy!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.