Utama Mobile Angry Birds 2 kini boleh dimuat turun pada Android dan iOS

Angry Birds 2 kini boleh dimuat turun pada Android dan iOS

959
0

Permainan Angry Birds yang pernah menjadi permainan peranti mudah alih paling popular satu ketika dahulu kini muncul kembali dengan Angry Birds 2. Aplikasi permainan ini boleh didapati pada platform Android dan iOS.

Sejak sekian lama, syarikat penerbit Angry Birds, Rovio Entertainment kerap mewujudkan tanda tanya mengenai sekuel kepada aplikasi permainan burung berlawan dengan babi ini. Kini, dengan kepermainan terbaru, pengguna bebas untuk memilih burung mereka sendiri selain dari memiliki kebolehan untuk melakukan jampi serapah.

Selain dari itu, Angry Birds 2 turut menyertakan level pelbagai peringkat, fungsi sambungan ke Facebook untuk mengajak rakan anda bergasak Angry Birds 2 dengan anda dan pertandingan-pertandingan (tournaments) baharu untuk setiap hari.

Seperti biasa, Angry Birds 2 boleh dimuat turun secara percuma, namun masih lagi mengekalkan fungsi pembelian dalam aplikasi untuk anda menaik taraf burung-burung anda. Jadi, bagi anda yang mempunyai anak-anak kecil, pastikan anda mengetatkan kawalan cara pembelian aplikasi (kad kredit, Google Wallet etc.) melalui peranti anda supaya dapat menghindarkan pembelian yang tidak dikawal.

Muat turun Angry Birds 2 dari Google Play Store dan App Store.

Sumber berita diperoleh dari Android Police

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.