Home Apple Windows 10 ARM beroperasi lebih pantas di Apple M1 berbanding Surface Pro...

Windows 10 ARM beroperasi lebih pantas di Apple M1 berbanding Surface Pro X

30
0

Windows 10 ARM dilaporkan mampu beroperasi dengan lebih pantas pada Apple M1 berbanding Surface Pro X. Penemuan ini dilakukan oleh pembangun, Encik Alexander Graf melalui ciapan yang dikongsikannya di Twitter.

Beliau melakukan pengujian tersebut dengan menggunakan virtualisasi melalui QEMU (dengan beberapa ‘patch’) bagi membolehkan Windows 10 ARM dioperasikan pada cip M1.

β€œIt’s native ARM. Running the Windows ARM64 Insider Preview virtualized through Hypervisor framework. No emulation involved.”

Menggunakan tetapan tersebut, Apple M1 mampu mencapai markah sekitar 1,300 di dalam ukuran penanda aras pemprosesan berteras tunggal GeekBench 5. Manakala untuk penanda aras pemprosesan berbilang teras pula, ia mencapai sehingga 5,400.

Sebagai perbandingan ukuran penanda aras pada Microsoft Surface Pro X pula mencapai sekitar 800 dan 3,000, masing-masing untuk pemprosesan berteras tunggal dan berteras berbilang.

Kekuasaan M1

Sungguhpun hal ini mungkin memberikan tamparan buat Microsoft, perlu diambil kira bahawa M1 adalah pemprosesan baharu yang unggul. Perkara ini dapat dilihat pada prestasi yang dibawakan oleh Apple Macbook Air dan Pro yang baharu.

Peranti-peranti berkuasa pemprosesan M1 menggunakan teknologi Rosetta 2 yang menterjemah aplikasi untuk pemprosesan Intel ke cipset ARM dengan lebih berkesan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.