Home Android Xiaomi Xiaomi Mi 11 dilaporkan diumumkan Disember ini; Dijangka dilancarkan Januari 2021

Xiaomi Mi 11 dilaporkan diumumkan Disember ini; Dijangka dilancarkan Januari 2021

32
0

Xiaomi bakal menyertai pengeluar-pengeluar lain seperti Samsung dan Huawei yang mensasarkan pelancaran peranti mercu baharu awal 2021.

Menurut Digital Chat Station, Xiaomi dikatakan bakal melancarkan siri telefon pintar Mi 11 seawal Januari tahun hadapan.

Bagaimanapun, tidak banyak maklumat yang didedahkan selain dari apa yang didakwa sebagai tarikh pelancaran. Tambah sumber berkenaan lagi, peranti berkenaan bakal diumumkan dalam masa terdekat dan menjangkakan kemungkinan pada Disember ini.

Melihat peranti ini sebagai telefon pintar mercu siri Xiaomi Mi, terdapat kemungkinan peranti ini menampilkan cipset berspesifikasi tertinggi Qualcomm Snapdragon.

Jika khabar angin ini benar seperti yang didakwa, kemungkinan besar ianya bakal dilancarkan bersempena acara Mobile World Congress (MWC) di China.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.