Utama Mobile Aplikasi Lima Telco disiasat SPRM berkaitan Scam SMS

Lima Telco disiasat SPRM berkaitan Scam SMS

667
0

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sedang menyiasat lima syarikat telekomunikasi tempatan berhubung isu penipuan SMS yang menyebabkan kerugian hampir RM100 juta oleh pengguna prabayar.

Menurut akhbar Harian Metro, menghantar pelbagai kandungan mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit pelanggan talian prabayar sebelum pengguna dikenakan caj antara 50 sen hingga RM5 bagi setiap penghantaran SMS merapu tadi.

Kredit pengguna akan ditolak secara automatik walaupun pengguna berkenaan langsung tidak pernah membuat bersetuju untuk mendapatkan kandungan terbabit.

Berdasarkan siasatan yang dilakukan SPRM sejak Mac lalu, penipuan terancang ini membabitkan pihak kakitangan syarikat-syarikat telekomunikasi terbabit yang memegang pelbagai jawatan penting.

Tambah kenyataan itu lagi menerusi Harian Metro;

“Antara jawatan yang dikenal pasti menerima rasuah ini adalah pengurus proses pembayaran, bajet koordinator, penyedia kandungan eksklusif, penyedia tadbir urus, pengurus produk dan ketua projek dan pelbagai jawatan penting lain.

“Berdasarkan siasatan, mereka ini bersekongkol dengan syarikat penyedia kandungan yang memberikan rasuah bagi mendapatkan data sulit pelanggan telco.

“Syarikat penyedia kandungan ini adalah syarikat berasingan yang dikesan membayar wang rasuah kepada ‘orang dalam’ tertentu di telco dengan bayaran antara RM100,000 hingga RM200,000 seorang.

“SPRM percaya jumlah keseluruhan rasuah yang sudah diberikan kepada kakitangan telco mencecah puluhan juta ringgit sejak kegiatan ini bermula hampir 10 tahun lalu,” katanya.

“Setakat ini lima telco sudah disiasat dan siasatan menyeluruh akan dilakukan terhadap lebih banyak syarikat komunikasi yang diyakini bersekongkol dengan syarikat penyedia kandungan ini,” katanya.

Menurutnya, kakitangan bahagian teknikal dan aduan telco menjadi tumpuan ‘syarikat jahat’ ini berikutan mereka mempunyai akses untuk membocorkan data dan maklumat sulit pelanggan.

“Berdasarkan maklumat sulit diperoleh ini, syarikat penyedia kandungan akan menghantar mesej pelbagai kandungan SMS ke telefon bimbit pelanggan talian prabayar ini.

“Terdapat caj tersembunyi pada setiap mesej dihantar. Kredit prabayar akan ditolak sehingga RM5 ringgit bagi setiap ring tone (nada bunyi), wallpaper dan permainan interaktif dihantar kepada pelanggan ini. Terdapat juga situasi pelanggan dikenakan caj tanpa menerima apa-apa kandungan,”

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.