Utama Mobile Aplikasi WhatsApp kini membenarkan Pengguna wujudkan Group Chat Tanpa Nama

WhatsApp kini membenarkan Pengguna wujudkan Group Chat Tanpa Nama

72
0

WhatsApp kini membenarkan kumpulan borak diwujudkan tanpa perlu meletakkan nama padanya. Pengumuman kemaskini tersebut dibuat oleh Mark Zuckerberg melalui halaman Facebook beliau dan juga di dalam akaun Instagram Meta.

Kumpulan borak WhatsApp tanpa nama ini akan hanya memaparkan nama-nama peserta di dalamnya dan pentadbir boleh terus mewujudkan tanpa perlu meletakkan nama kumpulan borak.

Bagaimanapun, berbeza dengan kumpulan borak biasa di dalam aplikasi permesejan segera ini, kumpulan borak tanpa nama ini hanya boleh disertai oleh enam peserta sahaja berbanding kumpulan borak dengan nama yang mampu menampung sehingga 1,024 peserta.

Berdasarkan laporan dari TechCrunch, identiti peserta di dalam kumpulan borak tanpa nama ini juga berbeza dan mengikut nama yang disimpan di dalam senarai kenalan anda jika anda pernah menyimpannya.

Jika anda berada di dalam kumpulan yang tiada seorang pun anda kenali atau anda tidak menyimpan di dalam senarai kenalan, hanya nombor telefon peserta kumpulan berkenaan sahaja yang akan muncul.

Ciri pewujudan kumpulan borak tanpa nama ini hadir beberapa hari sahaja selepas sokongan penghantaran foto dan video dalam resolusi HD ditawarkan di dalam WhatsApp.

melaluiTech Crunch
SUMBERFacebook
Artikel sebelum iniRangkuman Berita dari “Into The Infinite” Level Infinite Di Gamescom 2023
Artikel seterusnyaKemudahan Pengeluaran Penyambung D-Sub PEI-Genesis Philadelphia, PA Capai Pensijilan AS9100D & ISO9001:2015
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.