Utama PRNewswire Kemudahan Pengeluaran Penyambung D-Sub PEI-Genesis Philadelphia, PA Capai Pensijilan AS9100D & ISO9001:2015

Kemudahan Pengeluaran Penyambung D-Sub PEI-Genesis Philadelphia, PA Capai Pensijilan AS9100D & ISO9001:2015

225
0
<div>Kemudahan Pengeluaran Penyambung D-Sub PEI-Genesis Philadelphia, PA Capai Pensijilan AS9100D & ISO9001:2015</div>
PEI-Genesis Perkukuh Komitmen kepada Pasaran Aeroangkasa dan Pertahanan

ZHUHAI, China, 24 Ogos 2023 /PRNewswire/ — PEI-Genesis, peneraju global dalam reka bentuk dan pemasangan penyelesaian saling sambung direkayasa tersuai, baru-baru ini mencapai pensijilan AS9100D dan ISO9001:2015 di kemudahan pengeluarannya yang berpangkalan di Philadelphia yang hanya memfokuskan pada pemasangan dan penghantaran penyambung D-Sub. Pencapaian ini merupakan langkah yang penting untuk PEI-Genesis, membuktikan komitmennya untuk menjadi pemasang terpantas di dunia bagi penyelesaian saling sambung di seluruh dunia.

Pensijilan ini merupakan standard yang diiktiraf untuk sistem pengurusan kualiti yang diberikan melalui Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) dan SAE. Ia membuktikan komitmen sesebuah syarikat untuk memberi tumpuan pada peningkatan kualiti dan meningkatkan kepuasan pelanggan.

PEI-Genesis menjalani audit komprehensif untuk menilai penyelarasan sistem pengurusan kualitinya yang ditetapkan oleh ISO. Dengan memperoleh akreditasi ini, PEI-Genesis dapat membangunkan, mengeluarkan dan menjual produk untuk organisasi-organisasi Penerbangan, Angkasa dan Pertahanan.

“Kami memberi tumpuan yang tidak henti-henti untuk menginovasikan proses kami bagi memacu penambahbaikan boleh diukur secara berterusan dalam kemudahan-kemudahan kami, membolehkan kami memenuhi dan melangkaui jangkaan pelanggan kami. Pensijilan ini menunjukkan komitmen kami untuk menjadi pembekal bertaraf dunia bagi industri aeroangkasa dan pertahanan,” kata Brad Thiel, Pengarah Operasi Global PEI-Genesis.

Dengan kelulusan ini, PEI boleh memasang produk D-Sub berkelayakan ITT Cannon Mil-Spec dengan tambah nilai. Sepanjang tahun 2023, PEI-Genesis akan memasukkan pengeluar-pengeluar penyambung D-Sub terkemuka dalam industri yang lain seperti Amphenol PCD, Positronic dan Cinch Connectivity Solutions, untuk mengembangkan dan meluaskan tawaran produknya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tawaran penyambung D-Sub PEI, klik di sini

Latar Belakang PEI-Genesis 

PEI-Genesis ialah salah satu pemasang penyelesaian saling sambung yang terpantas di dunia. Daripada inventori komponen penyambung terbesar di dunia, mereka membangunkan penyelesaian direkayasa yang menyokong sektor ketenteraan, perindustrian, perubatan, aeroangkasa, pengangkutan dan tenaga di seluruh dunia. Beribu pejabat di Philadelphia, PA, PEI-Genesis memiliki kemudahan pengeluaran di South Bend, IN; Philadelphia, PA; Southampton, UK; dan Zhuhai, China serta pejabat jualan di seluruh benua Amerika, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut boleh ditemui di www.peigenesis.com. 

Laman Webhttp://www.peigenesis.com 
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/pei-genesis/ 
Twitter: https://twitter.com/PEIGenesis 
Facebook: https://www.facebook.com/PEIGenesis 
Blog: https://blog.peigenesis.com/

 

SOURCE PEI-Genesis

<div>Kemudahan Pengeluaran Penyambung D-Sub PEI-Genesis Philadelphia, PA Capai Pensijilan AS9100D & ISO9001:2015</div>

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.