Utama Mobile Aplikasi WhatsApp kini mulakan ujian sokongan penyegerakan sehingga ke 4 peranti tanpa perlu...

WhatsApp kini mulakan ujian sokongan penyegerakan sehingga ke 4 peranti tanpa perlu sambungan ke Telefon

513
0

Sungguhpun pengguna WhatsApp boleh menggunakan perkhidmatan permesejan ini pada pelbagai platform, ia masih lagi memerlukan sambungan ke telefon. Hal ini berpunca dari kaedah enkripsi hujung-ke-hujung (E2EE) yang digunakan oleh WhatsApp.

Perkara ini bakal berubah tidak berapa lama lagi apabila kelak pengguna tidak memerlukan sambungan ke telefon untuk menggunakan WhatsApp melalui pelayar web, macOS, Windows atau Portal.

Bermula dari hari ini, WhatsApp akan menjemput pengguna untuk menguji beta berbilang-peranti. Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini pada telefon dan ke empat buat lagi peranti lain selain dari telefon.

WhatsApp akan menguji pendekatan berbilang peranti ini dengan sekumpulan kecil pengguna dari program betanya. Pengguna berkenaan juga dibenarkan untuk keluar dari program beta tersebut kemudian.

Sokongan berbilang peranti ini sudah lama dinanti-nantikan oleh pengguna-pengguna WhatsApp. Melalui ujian beta sokongan baharu ini, WhatsApp dijangka dapat menyelesaikan isu enkripsi hujung-ke-hujung antara peranti WhatsApp digunakan yang telah membelenggu sejak sekian lama.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.