Utama Mobile Aplikasi WhatsApp sahkan ciri berbilang peranti; Ujian Beta akan bermula beberapa bulan lagi

WhatsApp sahkan ciri berbilang peranti; Ujian Beta akan bermula beberapa bulan lagi

575
0

Fungsi adalah antara yang amat dinanti-nantikan oleh pengguna-pengguna WhatsApp sejak sekian lama. WABetaInfo melaporkan platform ini akan memperkenalkan fungsi berkongsikan satu akaun pada berbilang peranti.

Ia akan membolehkan pengguna menghubungkan ke sehingga empat peranti dalam satu-satu masa dan boleh menyambung perbualan ke telefon pintar dan tablet lain dengan lebih lancar.

Apa yang penting, menurut Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Will Cathcart mengatakan kesemua peranti yang dihubungkan ke akaun WhatsApp berkenaan menerima enkripsi hujung-ke-hujung bagi melindungi privasi pengguna.

Buat masa ini, WhatsApp hanya menyokong fungsi berbilang peranti bagi penyegerakkan perbualan antara telefon ke komputer sahaja. Ini boleh dilakukan sama ada melalui WhatsApp web atau aplikasi desktopnya.

Secara teknikalnya, segala perbualan pengguna diuruskan pada telefon pintar pengguna dan seterusnya akan dipaparkan pada desktop dalam masa nyata. Penyambungan antara dua peranti ini akan berterusan selagi kedua-duanya bersambungan ke internet.

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg memberitahu WABetaInfo pasukan WhatsApp telah menemukan cara untuk membolehkan fungsi ini diwujudkan. Menghasilkan fungsi ini merupakan satu cabaran teknikal yang amat besar buat WhatsApp, tambah Zuckerberg lagi.

Sejak dari mula kemunculannya, WhatsApp menyimpan sejarah perbualan dan media sesebuah akaun berkenaan pada peranti yang digunakan. Apabila pengguna ingin mengubah ke telefon pintar yang lain, pengguna dikehendaki untuk melalkukan sandaran data sama ada ke Google Cloud atau iCloud sebelum berpindah, untuk membolehkan data berkenaan dipindahkan semula ke telefon pintar baharu.

Bagaimanapun, pemindahan cara ini sukar dilakukan bagi pengguna yang ingin berpindah dari Android ke iOS atau sebaliknya, disebabkan oleh perbezaan lokasi sandaran antara kedua-duanya.

Hal ini amat berbeza dengan pesaing rapatnya, Telegram yang menyimpan kesemua data penggunanya di sistem storan awanannya. Ini memudahkan penggunanya untuk bertukar-tukar antara semua jenis peranti termasuk PC dengan lebih lancar.

Fungsi sokongan berbilang peranti ini dijangkakan akan memasuki peringkat ujian beta dalam tempoh sebulan dua lagi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.