Utama Mobile Aplikasi Fungsi WhatsApp Channel kini secara rasminya di Malaysia

Fungsi WhatsApp Channel kini secara rasminya di Malaysia

176
0

Bulan lepas WhatsApp telah memperkenalkan ciri Channel baharunya di beberapa negara terpilih seperti Colombia dan Singapura. Kini, aplikasi yang dimiliki Meta ini telah mengumumkan penawaran ciri baharu tersebut di Malaysia dengan beberapa organisasi tempatan telah mempunyai akses ke ciri tersbeut.

Rentetan dari penawarannya, terdapat sedikit perubahan di dalam aplikasi WhatsApp. Bagi pengguna yang telah menerima ciri tersebut akan mendapati tab “Status” telah bertukar menjadi tab baharu, “Updates”. Ia masih lagi menunjukkan status dari kenalan anda seperti sebelum ini bersama-sama saluran-saluran (Channels) yang anda ikuti.

Pengguna yang mengguna Telegram mungkin sudah biasa dengan penggunaan seperti Channel ini. Ia membolehkan komunikasi satu hala disebarkan (broadcast) oleh individu atau organisasi melalui hantaran kandungan atau kemaskini dalam bentuk kronologi.

Anda juga boleh melayari sesebuah saluran tersebut sebelum berhasrat menyertai atau tidak secara lalai. Kesemua saluran yang anda baharu sahaja akan disetkan kepada senyap (mute) dan anda boleh pilih untuk menghidupkan notifikasinya secara manual.

Untuk privasi, pengguna selain dari pentadbir saluran tidak boleh melihat siapa yang mengikuti saluran berkenaan. Bagi pentadbir pula, mereka hanya boleh melihat nama dan gambar profil pengikut salurannya sahaja tanpa mengetahui nombor telefonnya. WhatsApp juga menyatakan data sejarah saluran juga hanya disimpan selama 30 hari sebelum dipadamkan.

Sebahagian organisasi tempatan telah mendapatkan akses awal seperti Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

SUMBERKenyataan Media Rasmi WhatsApp
Artikel sebelum iniStarlink kini di Malaysia dengan Harga Langganan dari RM220 sebulan
Artikel seterusnyaSiri HONOR 90 pecah rekod, jualan hari pertama laris ibarat pisang goreng panas
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.