Utama Mobile Telco Starlink kini di Malaysia dengan Harga Langganan dari RM220 sebulan

Starlink kini di Malaysia dengan Harga Langganan dari RM220 sebulan

757
0

Starlink, perkhidmatan internet dari SpaceX kini boleh didapati di Malaysia sejak lebih dari setahun ia menyatakan akan hadir ke sini. Syarikat berkenaan baharu sahaja menerima Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian pada minggu lepas untuk beroperasi di Malaysia.

Tawaran langganan bersama-sama perkakasannya kini dibuka untuk penduduk di Malaysia merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Menurut SpaceX, pelanggan boleh mendapatkan kelajuan muat turun melalui perkhidmatan ini sehingga sekitar 100Mbps.

Langganan Starlink berharga RM220 tanpa sebarang kontrak. Namun, harga kit standardnya berharga RM2,300 termasuk piring, tapak, penghala (router) Wi-Fi dan juga kabel.

Kit standard ini sudah memadai bagi kebanyakan pengguna. Untuk pengguna perniagaan dan perusahaan pula mungkin boleh menggunakan kit berprestasi tinggi yang berharga RM11,613. Ia didatangkan dengan satu set bekalan kuasa tahan lasak, boleh bersambung dengan lebih banyak satelit serta mampu bertahan dalam keadaan ekstrem.

Bergantung pada kit apa yang anda pilihm harga langganannya masih lagi kekal sama bersama-sama kos penghantaran RM100. Starlink juga mempunyai polisi pemulangan dalam tempoh 30 hari untuk perkakasan dan boleh menuntut semula bayaran penuh jika ia tidak memuaskan hati.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.