Utama Mobile Aplikasi WhatsApp perkenalkan Channels untuk Broadcast yang lebih mudah

WhatsApp perkenalkan Channels untuk Broadcast yang lebih mudah

479
0

WhatsApp memperkenalkan ciri baharu untuk aplikasinya yang dikenali sebagai Channels. Bagi anda yang biasa menggunakan Telegram, ciri ini mungkin anda sudah tahu memandangkan cara penggunaannya adalah sama iaitu dengan membolehkan komunikasi satu hala secara umum dapat dikongsikan kepada pengikut sesebuah saluran (channel).

Channels yang anda ikuti akan dirangkumkan ke dalam satu tab baharu pada aplikasi yang dinamakan sebagai “Updates”. Ia juga akan mengandungi kemaskini untuk Status.

Ciri ini juga akan membolehkan pentadbir sesebuah channel menyebarkan teks, foto, video, pelekat, dan juga undian kepada semua pengikut. Dalam pada masa yang sama, pengikut-pengikut channel berkenaan juga tidak boleh menghantar apa-apa di dalam channel, berbeza dengan kumpulan borak (group chat).

Menurut WhatsApp, channels boleh dikongsikan menerusi pautan jemputan dan buat masa ini aplikasi permesejan popular ini sedang membangunkan direktori boleh cari yang boleh digunakan untuk mencari minat pengguna seperti hobi, pasukan kegemaran, dan pemimpin politik atau individu kenamaan.

Para pentadbir juga boleh menetapkan sama ada saluran tersebut boleh diakss secara terbuka atau menjadikannya sulit tanpa ada pengikut. Privasi juga menjadi keutamaan untuk ciri ini khusus untuk pengikut dan juga pentadbir channel. Antaranya nombor telefon dan foto profil pentadbir tidak akan kelihatan kepada pengguna dan juga sebaliknya.

Perkongsian di dalam channels juga tidak kekal di mana setiap kandungan hanya disimpan dalam tempoh 30 hari sebelum ia dipadam secara automatik. Pentadbir juga diberikan pilihan untuk menyekat tangkapan layar dan juga memajukan (forward) kandungan keluar dari channel tersebut.

Channel agak berbeza dengan ciri broadcast pada WhatsApp yang hanya membenarkan hantaran dihantarkan kepada individu dari senarai kenalan anda. WhatsApp menyatakan ciri ini akan ditawarkan kepada organisasi terpiliha di Colombia dan Singapura sebelum diperluaskan ke negara lain tidak lama lagi.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.