Xiaomi telah bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai kota raya yang rancak, kaya dengan warisan bersejarah dan moden. Pulau ini adalah gabungan tapak bersejarah dan moden yang menampilkan kawasan yang indah. Hanya dalam jarak empat jam pemanduan dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang adalah destinasi popular untuk rakyat Malaysia.
Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof, berkata, “Pulau Pinang terkenal dengan keindahan unik dan warisan budaya yang benar-benar menunjukkan latar belakang pelbagai budaya Malaysia, kami berharap dapat melihat lebih ramai rakyat Malaysia melawat bandar pulau yang menakjubkan ini.”
Pulau Pinang terkenal dengan kawasan bersejarah seperti Kota Cornwallis dari era kolonial, tokong Khoo Kongsi, dan Masjid Kapitan Keling dengan senibina India.
Ia juga merupakan syurga makanan, dengan pelbagai masakan daripada budaya tempatan yang berbeza dan kafe moden. Pengunjung boleh menerokai bangunan warisan di Georgetown, atau menaiki kereta api bukit untuk melihat pemandangan pulau dari Bukit Bendera Pulau Pinang. Pelancong juga boleh mendaki bukit untuk pengalaman yang lebih mencabar.
Pulau Pinang menawarkan pelbagai aktiviti untuk meneroka tapak warisan seperti tunggangan beca, melawat pusat penjaja dan makanan jalanan tempatan. Selepas seharian bersiar-siar, pengunjung boleh berehat di pantai seperti pantai Batu Ferringhi.
Xiaomi 12T Pro mempunyai sistem pengimejan kamera 200MP pertama di Malaysia, membolehkan tangkapan landskap dan mercu tanda yang sangat jelas. Nicolas Shi, Pengurus Xiaomi Malaysia dan Singapura berkata, “Kami berterima kasih atas peluang untuk merakamkan semua warisan kepelbagaian yang ditawarkan Pulau Pinang melalui teknologi.”
Kesemua foto-foto indah ini dirakam menggunakan Xiaomi 12T Pro oleh jurugambar rasmi Xiaomi, Aril (@arilroffie) dan Fikri (@fikrifauzi).