Utama Mobile Telco uni5G: Penjenamaan Semula Baharu unifi Mobile untuk 5G

uni5G: Penjenamaan Semula Baharu unifi Mobile untuk 5G

712
0
uni5g-TM unifi-mobile-new 5G

TM pada hari ini telah mendedahkan penjenamaan baharu untuk perkhidmatan rangkaian 5G ditawarkannya menerusi unifi Mobile yang dikenali sebagai uni5G. Pendedahan ini telah dikongsikan menerusi beberapa hantaran di saluran media sosial rasmi unifi seperti FacebookTwitter, dan Instagram.

Selain itu, syarikat telekomunikasi ini juga telah imej pengatas untuk saluran YouTube unifi yang kini memaparkan jenama baharu tersebut. Dalam pada masa yang sama, sebuah seksyen khas untuk uni5G juga telah dibuka menerusi laman web rasmi unifi.

Bagaimanapun, maklumat mengenai harga dan tarikh pengenalan perkhidmatan 5G unifi Mobile ini masih lagi belum dinyatakan lagi setakat ini. Sebelum itu TM pernah menyatakan pelanggan pascabayar unifi Mobile akan mendapat akses ke 5G dan janji tersebut masih lagi disenaraikan di dalam laman produk Ultimate Plan.

Ketika ini, laman web berkenaan hanya menawarkan beberapa grafik yang menyatakan kelebihan teknologi 5G bersama-sama peta liputan 5G yang dihasilkan menggunakan platform TM One SmartMap.uni5G 5G Coverage Prince of Damansara

Pendedahan uni5G ini menunjukkan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia ini kini sudah bersedia untuk menawarkan rangkaian 5G kepada para pelanggannya. Disember tahun lalu, unifi Mobile pernah mengumumkan rancangan pengujian akses ke rangkaian 5G yang masih lagi baru diperkenalkan di Malaysia pada ketika itu.

Buat masa ini, unifi Mobile Postpaid Ultimate Plan berharga di antara RM59 dan RM79 sebulan, bergantung sama ada anda pelanggan unifi atau tidak. Bersama-sama janji menyediakan akses ke rangkaian 5G, pelan berkenaan juga menyediakan kuota data hotspot LTE 10GB, selain menyediakan data, panggilan dan SMS tanpa had.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.