Utama Telco U Mobile U Mobile tawarkan Percubaan 5G Percuma untuk Pelanggan Prabayar dan Pascabayar

U Mobile tawarkan Percubaan 5G Percuma untuk Pelanggan Prabayar dan Pascabayar

459
0
U Mobile 5G Trial Access

U Mobile telah mengumumkan pihaknya sedang mengadakan ujian percubaan 5G untuk lebih ramai pengguna pascabayar dan prabayar rangkaiannya. Ditawarkan selama seminggu bermula dari 30 Jun hingga 7 Julai 2023, pengguna yang masih aktif boleh menikmati 5G tanpa sebarang kos.

Menurut laman soalan-soalan rasminya, pengguna aktif yang terpilih untuk pelan seperti berikut boleh menikmati akses rangkaian 5G pada kelajuan penuh:

Prabayar U Mobile (Dilanggan sebelum 21 Jun 2023)

  • GX12
  • GX30
  • GX38
  • GX43

Pascabayar U Mobile

  • Giler Unlimited GX50
  • Unlimited Hero Postpaid 78

Selepas tempoh percubaan tamat, pengguna Prepaid GX masih lagi boleh mengakses ke rangkaian 5G berkenaan. Cuma kelajuannya akan disekat 3-12Mbps mengikut pelan langganan masing-masing.

Manakala pelan langganan pascabayar Giler Unlimited GX50 dan Postpaid P78 boleh terus menikmati teknologi rangkaian 5G dengan kelajuan yang disekat pada 5-6Mbps mengikut pelan masing-masing.

Jika pengguna berhasrat untuk mendapatkan akses rangkaian 5G berkelajuan penuh bermula dari 7 Julai ini, pelanggan prabayar boleh mendapatkan Booster yang berharga RM1 untuk 2 jam, atau RM5 untuk tempoh 24 jam melalui aplikasi MyUMobile. Bagi pengguna pascabayar pula boleh mendapatkan Booster untuk 5G pada harga RM10 atau Booster Hotspot pada harga RM5 dari aplikasi yang sama.

Akses rangkaian teknologi 5G ini memerlukan pengguna berada di dalam kawasan liputan 5G Digital Nasional Berhad (DNB) dan juga peranti 5G yang menyokong. Anda boleh membuat semakan kawasan liputan rangkaian 5G menerusi laman web rasmi DNB.

Buat masa ini, pelan prabayar U Mobile menawarkan 5G sebagai booster kelajuan secara harian atau mingguan secara tanpa had. Untuk pascabayar pula, 5G ditawarkan tanpa sebarang sekatan menerusi plan pascabayar Unbeatable yang bermula dari RM38 sebulan untuk data 60GB hingga RM98 sebulan untuk data sebanyak 1,000GB.

Masih lagi dengan perkembangan 5G, U Mobile baru-baru ini telah memperkenalkan U Home 5G yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar 5G. Pelanggan boleh mengakses ke rangkaian 5G “tanpa had data”, tanpa kontrak dan juga tanpa had kelajuan. Tiada penghala (router) tanpa wayar disertakan untuk perkhidmatan ini buat masa ini. Ia juga didatangkan bersama-sama Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) sehingga 1,000GB dalam sebulan. Pengguna yang inginkan lebih lagi kuota data penggunaan boleh menambah sebanyak 1,000GB lagi untuk RM30 sebulan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.