Utama Android Samsung Imej pengolokan Samsung Galaxy S23 FE didakwa telah tertiris

Imej pengolokan Samsung Galaxy S23 FE didakwa telah tertiris

286
0

Samsung Galaxy S23 FE (Fan Edition) telah diperkatakan desas-desus mengenainya beberapa bulan kebelakangan ini. Cuma Samsung sahaja yang masih belum mengesahkan atau menafikan kewujudan peranti tersebut.

Bagaimanapun, maklumat tertiris baharu yang muncul di internet menunjukkan imej pengolokannya selain turut mendakwa model telefon pintar berkenaan akan dilancarkan kelak.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh portal SmartPrix dengan kerjasama dengan OnLeaks, imej pengolokan tersebut menunjukkan rekaan telefon pintar tersebut lebih kemas dengan tetapan tri-kamera tanpa bonggol. Bagaimanapun, rekaannya sedikit berbeza dengan Galaxy S23 pada bahagian bingkainya yang didapati lebih tebal. Malahan, lebih tebal berbanding Galaxy S21 FE.

Laporan dari portal yang sama juga menyebut Galaxy S23 FE akan mempunyai ukuran 158 x 76.3 x 8.2mm. Ini bermakna, telefon pintar ini kelak hadir dalam saiz kompak. Lain-lain maklumat dari portal tersebut turut menunjukkan imej pengolokan telefon pintar ini hadir dalam pilihan warna hitam dan putih dengan paparan berpenebuk lubang yang menempatkan kamera hadapan.

Pun begitu, apa yang diperkatakan setakat ini masih lagi sekadar desas-desus semata-mata selagi tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Samsung.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.