Utama Mobile Telco TM perkenalkan semula pakej Broadband Lite 1Mbps – Kelajuan 1Mbps, Kuota data...

TM perkenalkan semula pakej Broadband Lite 1Mbps – Kelajuan 1Mbps, Kuota data 1GB berharga RM 38 sebulan

639
0

TM baru-baru ini telah mengumumkan kembali pakej internet Broadband Lite 1Mbps. Pakej berharga RM 38 sebulan ini menawarkan internet berkelajuan 1Mbps dengan kuota data internet sebanyak 1GB sahaja untuk sebulan.

Pakej ini jika ditawarkan pada sekitar 15 tahun yang lepas, ianya mungkin sesuatu yang wajar. Tetapi, jika ditawarkan pada tahun 2021 ini, ianya adalah sesuatu yang err…

Pengumuman tersebut telah dibuat menerusi laman forum Unifi Community dan menyatakan pakej ini ditujukan kepada pengguna-pengguna yang jarang menggunakan internet.

Pengguna yang telah menghabiskan kuota data 1GB sebulan akan dihadkan kelajuannya kepada 128kbps dan ianya akan kembali ke kelajuan asal 1Mbps pada bulan berikutnya.

Selain itu, untuk melanggan pakej ini pengguna perlu memiliki talian tetap dan juga perlu mengikat kontrak untuk selama 12 bulan.

Pada harga langganan RM 38 sebulan, pengguna hari ini boleh mendapatkan pakej pelan internet mudah alih yang jauh lebih baik dari apa yang ditawarkan oleh TM melalui Broadband Lite 1Mbps ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.