Utama Mobile Telco TM: Masalah set-up jadi punca capaian Wi-Fi Internet dalam Rumah lemah

TM: Masalah set-up jadi punca capaian Wi-Fi Internet dalam Rumah lemah

36
0
Masalah Set-up Internet Wi-Fi Lemah

Masalah capaian internet yang lemah di rumah yang kadangkala dialami oleh pelanggan Unifi pada kebiasaanya berpunca dari set-up, menurut Ketua Pengalaman Pelanggan Telekom Malaysia (TM), Lolita Mohamed Suffian.

Beliau memaklumkan ia berkemungkinan berpunca dari lokasi peranti jalur lebar berkenaan ditempatkan atau disebabkan oleh zon mati (dead zone) Wi-Fi berikutan rekaan susun atur kedudukan rumah itu sendiri. Ia juga turut boleh dikaitkan dengan jumlah peranti-peranti yang bersambungan ke Wi-Fi.

Tambah beliau lagi, TM memahami keperluan internet di dalam masyarakat masa kini bagi mengadakan sesi pembelajaran dalam talian atau bekerja dari rumah berikutan penularan wabak pandemik.

Jumlah pelanggan Unifi telah meningkat sebanyak 22% sejak dari pandemik melanda kepada 2.85 juta pengguna sehingga Jun lalu. Atas sebab itu, kadar penggunaan Internet bagi penstriman video, melayari web dan perkhidmatan dalam talian lain kian meningkatkan dan memerlukan liputan Wi-Fi stabil serta konsisten.

Menurut Lolita lagi:

“Oleh itu, untuk meningkatkan lagi pengalaman Wi-Fi di rumah, beberapa langkah perlu diambil oleh pelanggan termasuk memindahkan penghala ke bahagian rumah yang kebanyakan masa diluangkan. Contohnya jika anda sering berada di ruang tamu, letakkan penghala di sana. Selain itu, pastikan penghala tidak berada dalam ruangan tertutup atau berhampiran dengan permukaan reflektif atau logam untuk mengoptimumkan sambungan Wi-Fi anda,”

Para pengguna juga dinasihatkan tidak meletakkan penghala (router) berdekatan dengan peranti yang mengeluarkan gelombang elektromagnetik seperti telefon nirwayar, pemantau bayi, dan ketuhar gelombang mikro. Peralatan-peratan jalur lebar berkenaan juga perlu dielakkan dari ditindih bagi mengelakkannya menjadi terlampau paneh hingga memberi kesan terhadap kecekapan sambungan rangkaiannya.

“Pelanggan juga boleh melabur dalam mesh kerana kebanyakan rumah di Malaysia adalah dua tingkat. Tambahkan mesh untuk meluaskan liputan Wi-Fi anda,”

Unifi buat masa ini menawarkan peralatan mesh mengikut keperluan pelanggan dengan harga serendah RM15 sebulan. Bagi pelanggan Unifi 100Mbps dan ke atas yang baharu pula akan menerima penghala (router) Wi-Fi 6 untuk membolehkan penerimaan isyarat Wi-Fi yang terbaik di rumah.

“Untuk pelanggan sedia ada yang menghadapi prestasi Internet yang lemah, penggantian kepada penghala Wi-Fi 6 akan dibuat. Secara proaktif, kami juga sedang menukar peralatan pelanggan sedia ada yang mungkin menghadapi masalah Internet secara berkala disebabkan penghala semasa mereka yang lama. Unifi Elite: pakar Wi-Fi kami on-demand juga boleh datang ke rumah untuk menyemak dan menasihati cara-cara mengoptimum dan meningkatkan lagi pengalaman Wi-Fi anda di rumah,” katanya dan menambah maklumat terkini mengenai tawaran Unifi termasuk alat tambah,”

SUMBERBernama
Artikel sebelum iniTNB akan sediakan Stesen Mengecas EV di sepanjang Lebuhraya PLUS
Artikel seterusnyaOnePlus Melancarkan OnePlus 10T 5G dan OxygenOS 13, Tawarkan Prestasi Terbaik
Penulis berpengalaman di dalam bidang ICT selama 11 tahun dan kerap mengikuti perkembangan ICT semasa baik di dalam mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.