Utama Mobile TIME diiktiraf sebagai Rangkaian Internet Talian Tetap terpantas di Malaysia oleh Ookla...

TIME diiktiraf sebagai Rangkaian Internet Talian Tetap terpantas di Malaysia oleh Ookla Speedtest

1884
0

Ookla, syarikat yang memiliki laman web pengujian kelajuan internet popular, Speedtest telah menyediakan laporan mengenai tahap kelajuan internet talian tetap di Malaysia bagi tahun 2018. Berdasarkan laporan berkenaan, TIME diakui sebagai penyedia rangkaian internet talian tetap terpantas di Malaysia.

Penarafan tersebut diberi berdasarkan hasil pengujian yang dilakukan menerusi laman Speedtest dari Ookla pada laman web dan juga aplikasi mudah alih. Pengujian tersebut dijalankan sepanjang suku pertama ketiga dan keempat 2018 dan sepanjang tempoh berkenaan, TIME didapati mampu menyediakan sambungan internet yang lebih pantas untuk memuat turun dan memuat naik.

Berdasarkan analisis dari 12 juta pengujian yang dijalankan oleh pengguna, TIME mampu mencapai kelajuan memuat turun purata pada 266Mbps dan memuat naik pada 286Mbps. Sebagai perbandingan, Maxis dan TM hanya mampu mencapai separuh dari kadar kelajuan yang ditawarkan oleh TIME.

Selain dari Ookla, terdapat juga laman pengujian kelajuan internet lain seperti Speedcheck.org. Anda mungkin berminat untuk menggunakan pelbagai jenis laman pengujian kelajuan internet sebagai salah satu cara membuat semak silang bagi mendapatkan keputusan yang lebih jitu.

Lanjutan dari pengiktirafan ini, TIME menyatakan pihaknya bebesar hati dengan pencapaian ini dan sentiasa menambah baik dari masa ke semasa untuk memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik.

Sumber berita diperoleh dari TIME dan Ookla

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.