Utama Mobile Android Samsung Malaysia umumkan jualan Galaxy S10 bermula 8 Mac ini – harga...

Samsung Malaysia umumkan jualan Galaxy S10 bermula 8 Mac ini – harga dari RM2,699

1129
0

Samsung Galaxy S10 diumumkan akan mula dijual di dalam pasaran Malaysia bermula 8 Mac 2019 ini. Kesemua ketiga-tiga model terbaru telefon pintar ini – Samsung Galaxy S10, Samsung Galaxy S10+ dan Samsung Galaxy S10E dibawa masuk ke pasaran tempatan bermula dari tarikh berkenaan.

Harga untuk telefon pintar model ini yang paling rendah spesifikasinya, Samsung Galaxy S10E ditawarkan pada harga RM2,699. Manakala untuk Samsung Galaxy S10 pula harganya dari RM3,299. Model paling tinggi spesifikasinya, Samsung Galaxy S10+ pula, harganya adalah dari RM3,699.

Bersempena pelancaran Samsung Galaxy S10 untuk pasaran Malaysia ini, Samsung Malaysia turut mengadakan roadshow mempromosikan telefon pintar ini bermula dari 8 Mac 2019 sehingga 10 Mac 2019 di lokasi-lokasi berikut:

  • MidValley Megamall (Kuala Lumpur)
  • AEON Tebrau City (Johor Bahru)
  • Queensbay Mall (Pulau Pinang)

Pembelian sepanjang aktiviti roadshow ini turut berpeluang menerima hadiah cenderahati. Bagi pembelian Samsung Galaxy S10E akan menerima fon telinga tanpa wayar Galaxy Buds secara percuma. Manakala untuk Galaxy S10 pula dan Galaxy S10+ (128GB), cenderahati yang dibakal diterima berbentuk Galaxy Buds dan Screen Protection Plus. Untuk Samsung Galaxy S10+ (512GB) pula, setiap pembelian akan menerima Galaxy Watch Active dan juga Screen Protection Plus.

Sumber berita diperoleh dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.