Utama Mobile Aplikasi Penjawat Awam Tidak Boleh Main TikTok, Facebook ketika Waktu Bekerja –...

Penjawat Awam Tidak Boleh Main TikTok, Facebook ketika Waktu Bekerja – CUEPACS

75
0

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menegaskan penjawat-penjawat awam supaya tidak aktif menggunakan platform media sosial seperti TikTok dan Facebook ketika sedang bertugas.

Presiden CUEPACS Dato’ Dr. Adnan Mat menyatakan kepada Harian Metro penjawat awam perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap tugasan ketika waktu bekerja sebagaimana pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Jun 2013.

Beliau turut menambah penggunaan media sosial selain tugasan rasmi di dalam waktu kerja boleh menjejaskan produktiviti. Selain itu, penggunaan media sosial seperti ini juga boleh dianggap melanggar Peraturan Penjawat Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]. Justeru, penjawat awam digesa supaya mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengekalkan integriti dan profesionalisme perkhidmatan awam.

JPA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) turut memantau tahap pematuhan peraturan tersebut dan turut merekodkan sebarang pelanggaran yang telah dilakukan oleh individu yang didapati bersalah.

Dato’ Dr. Adnan Mat turut menegaskan kepentingan penjawat awam untuk supaya sentiasa menjaga tingkah laku termasuk di dalam media sosial untuk menjaga kehormatan dan reputasi perkhidmatan awam pada pandangan umum. Beliau turut menggalakkan penggunaan media sosial sebagai alat untuk berkongsikan maklumat berguna dan menghindari dari mencemarkan nama baik kerajaan dan organisasi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.