Utama Android Poco POCO F7 akan dilancarkan secara rasminya pada 24 Jun ini

POCO F7 akan dilancarkan secara rasminya pada 24 Jun ini

75
0

Ketika siri POCO F7 mula diperkenalkan pada Mac lalu, hanya model Pro dan Ultra yang diperkenalkan. Tidak lama selepas itu, terdapat ura-ura yang mendakwa model asas siri ini akan dilancarkan sekitar bulan Mei.

Bagaimanapun, ura-ura tersebut ternyata tidak benar apabila saluran media sosial rasmi jenama telefon pintar berkenaan telah mengesahkan model asas POCO F7 akan dilancarkan pada penghujung bulan ini.

Diumumkan menerusi laman Facebook rasmi, acara pelancaran tersebut akan dibuat secara dalam talian pada 24 Jun 2025, jam 8 malam. Sebahagian daripada iklan acah menjelang tarikh pelancaran turut mengesahkan model tersebut akan dilengkapkan dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8S Gen 4.

Khabar angin sebelum ini telah mengatakan model ini mungkin Redmi Turbo 4 Pro yang dijenamakan semula. Selain daripada pemprosesan yang dinyatakan tadi, telefon pintar ini dijangka akan menampilkan skrin OLED 6.83-inci dengan memori sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB. Ia juga dikatakan mempunyai bateri berkapasiti 7,550mAh dengan pengecasan 90W. Pun begitu, menurut laporan daripada Amanz, POCO F7 dijangka akan mempunyai bateri yang sedikit kecil kapasitinya pada 6,500mAh.

Sama ada benar atau pun tidak, sama-sama kita menantikannya pada minggu hadapan pada tarikh pelancarannya. POCO F7 Pro dijual pada harga bermula dari RM2,299 dan ia mungkin menjadi rujukan model asas tersebut akan dijual pada harga yang lebih rendah.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.