Utama Microsoft Sokongan untuk Microsoft Windows 7, Windows 8.1 kini ditamatkan

Sokongan untuk Microsoft Windows 7, Windows 8.1 kini ditamatkan

674
0

Lebih dari sedekad yang lalu, Microsoft telah mengumumkan Windows 7 sebagai salah satu sistem operasi terbaik yang pernah dihasilkan. Kesannya, kebanyakan pengguna tidak mahu beralih ke Windows 8 dan 8.1, sebaliknya terus ke Windows 10.

Bagi pengguna yang masih lagi menggunakan sistem operasi Windows 7, dan Windows 8.1, anda mungkin sedia maklum sokongan bagi kedua-dua sistem operasi berkenaan telah pun tamat sejak semalam.

Pada Januari 2020, Windows 7 tidak lagi menerima kemaskini fungsi dan Microsoft hanya menawarkan sokongan keselamatan lanjutan 3 tahun dengan bayaran tambahan. Ini penting untuk kebanyakan perusahaan kerana peralihan ke sistem operasi baharu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.

Bagaimanapun, melalui penamatan sokongan keselamatan ini, pengguna tidak mempunyai banyak pilihan sama ada menaik taraf sistem operasi atau kekal menggunakan Windows 7 dengan berisiko mendedahkan diri dengan ancaman keselamatan.

Berdasarkan statistik penggunaan, Windows 7 meliputi 10% dari jumlah penggunaan PC di seluruh dunia. Angka penggunaan Windows 8.1 pula jauh lebih rendah. Oleh itu, tidak menghairankan jika Microsoft menamatkan Windows 8.1 sekaligus tanpa menawarkan sokongan keselamatan lanjutan seperti yang ditawarkan untuk Windows 7.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.