Utama Microsoft Samsung Galaxy Z Fold 4 jadi peranti pilihan Pengasas Microsoft Bill Gates

Samsung Galaxy Z Fold 4 jadi peranti pilihan Pengasas Microsoft Bill Gates

725
0
Bill Gates Samsung Galaxy Z Fold 4

Di dalam sesi Tanya Apa Saja (Ask Me Anything, AMA) Reddit pada tahun lepas, Bill Gates mendedahkan beliau menggunakan Samsung Galaxy Z Fold 3 sebagai peranti kegunaan hariannya. Amat menarik untuk dilihat mengapa beliau memilih telefon pintar boleh lipat Samsung berbanding Surface Duo 2 keluaran Microsoft.

Semalam, menerusi sesi yang sama di Reddit, Bill Gates menjawab beliau kini tidak lagi menggunakan Galaxy Z Fold 3. Sebaliknya telah di’upgrade‘ kepada Galaxy Z Fold 4 pula.

Menurut beliau, Galaxy Z Fold 4 berkenaan merupakan pemberian dari sahabat beliau, Pengerusi Samsung Lee Jay-Yong ketika kunjungan beliau ke ibu pejabat Samsung di Korea Selatan.

“Pastinya, saya menggunakan Outlook dan banyak perisian Microsoft padanya (Galaxy Z Fold 4). Saiz skrinnya tidak memerlukan saya menggunakan tablet, hanya telefon dan PC mudah dibawa saya – yang menggunakan Windows,” jelas Bill Gates di dalam jawapan beliau.

Beliau turut menceritakan beliau menggunakan Surface Studio sebagai peranti desktopnya selain terdapat banyak papan putih Surface Hub di pejabat.

Para pengguna Reddit (Redditor) juga bertanyakan Bill Gates sama ada beliau tahun mengenai rancangan Microsoft untuk Surface Duo keluaran berikutnya. Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada Microsoft membatalkan rancangan memperkenalkan faktor bentuk dwi-skrin dan menggantikannya dengan bentuk boleh lipat sebagaimana khabar angin sebelum ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.