Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengumumkan larangan penggunaan pautan (URL) di dalam semua jenis SMS. Larangan tersebut telah berkuatkuasa pada tahun lepas, namun hanya untuk nombor-nombor biasa sahaja dengan kod pendek untuk perniagaan dikecualikan.
Larangan baharu ini juga meliputi permintaan maklumat peribadi melalui SMS dan juga nombor telefon. Badan penguatkuasaan tersebut menyatakan langkah ini dilaksanakan bagi melindungi pengguna dari risiko penipuan dan scam melalui SMS yang sering disalahgunakan oleh pihak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pihak berkuasa atau syarikat.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf sebelum ini telah menyatakan jumlah kes sedang meningkat dengan 18 kes direkodkan setakat April ini dengan jumlah kerugian dianggarkan RM230,000.
Bagi anda yang masih lagi menerima pautan URL selepas penguatkuasaan larangan ini, anda boleh melaporkan terus kepada SKMM.