Sebagaimana yang telah dijangkakan, Huawei akan mengadakan acara pelancaran produk baharunya pada 10 September 2024. Menerusi halaman rasminya di Weibo, acara yang akan diadakan pada tarikh tersebut berlangsung pada hari yang sama selepas Apple Event.
Peranti yang dijangka akan diperkenalkan pada hari tersebut berkemungkinan telefon pintar tri-lipat seperti yang sering kelihatan dibawa oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bahagian Perniagaan Pengguna Huawei, Richard Yu. Sebelum ini ketika ditanya oleh peminat tentang ketersediaan peranti boleh lipat tersebut, beliau hanya menjawab dengan ringkas “Dalam September.”
Jika diteliti pada imej acah acara tersebut, anda mungkin dapat melihat bentuk huruf “Z” yang memberikan gambaran kepada peranti boleh lipat. Selain dari peranti baharu Huawei tersebut, turut dijangka diperkenalkan siri Huawei Mate 70 bersama-sama pelbagai aksesori-aksesori baharu.