Utama Google HONOR Bekerjasama Dengan Google Cloud Memperkenalkan AI Pada HONOR Magic V3

HONOR Bekerjasama Dengan Google Cloud Memperkenalkan AI Pada HONOR Magic V3

86
0

KUALA LUMPUR, 2 September 2024 – HONOR teruja untuk mengumumkan kerjasamanya dengan Google Cloud untuk membawakan ciri-ciri AI termaju dalam telefon pintar HONOR Magic V3 yang akan dilancarkan di Malaysia dan IFA 2024 di Berlin, Khamis ini. Kolaborasi ini memperkenalkan ciri-ciri inovatif seperti AI Eraser, Face to Face Translation, dan HONOR Notes.

Sebagai tambahan kepada ciri-ciri yang canggih ini, HONOR Magic V3 menampilkan Magic Portal yang baharu, menawarkan pengalaman mudah dan pintar yang menakrif semula cara pengguna berinteraksi dengan peranti mereka. Berikut adalah bagaimanakah ciri-ciri AI pada HONOR Magic V3 boleh mengubah kehidupan seharian, meningkatkan kerja, memudahkan perjalanan, dan memberi makna dalam interaksi sosial.

HONOR AI Eraser 

Memanfaatkan kuasa teknologi generatif AI yang dimajukan dengan kolaborasi bersama Google Cloud, ciri AI Eraser pada HONOR Magic V3 membolehkan pengguna membuang objek yang tidak dikehendaki daripada gambar mereka dengan mudah. Sama ada terdapat orang di landskap gambar atau objek yang tidak dikehendaki, AI Eraser boleh mereka semula latar belakang dengan lancar untuk hasil gambar yang amat menarik.

 

Face to Face Translation

Ciri Face to Face Translation HONOR direka untuk mengurangkan hambatan bahasa dengan menyediakan terjemahan segera semasa perbualan secara langsung. Ciri ini amat berguna semasa bertanyakan arah apabila berkunjung ke luar negara, semasa berbual, atau memahami percakapan dalam bahasa asing. Pada masa ini, Face to Face Translation menyokong 10 bahasa, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Itali, Bahasa Rusia, Bahasa Turki, Bahasa Arab, dan Bahasa Malaysia.

HONOR Notes

Ciri Voice to Text pada HONOR Notes memanfaatkan teknologi pengenal pasti suara AI bagi mengalih susun sebutan perkataan kepada teks dengan tepat, membolehkan pengguna untuk merakam nota semasa bergerak secara lancar. Setelah merakam, pengguna boleh mengakses transkrip bertulis dalam aplikasi HONOR Notes dengan mudah pada bila-bila masa. Ciri ini juga mengasingkan bunyi latar belakang dengan menumpukan sepenuhnya pada suara pengguna bagi mengurangkan kesalahan ejaan.

Selain itu, HONOR Notes juga dilengkapi dengan keupayaan penterjemahan yang dikuasakan oleh Google Cloud bagi membolehkan pengguna menterjemah teks atau input suara kepada beberapa bahasa secara langsung dalam aplikasi tersebut.

Ciri Magic Portal – Circle to Do More

Ciri Magic Portal yang baharu ini meningkatkan ciri penugasan berbilang dengan memberikan pengguna kebolehan untuk berkongsi dan mencari maklumat secara serentak. Pengguna hanya bulatkan teks, alamat, atau imej menggunakan sendi jari dan menyeretnya ke aplikasi seperti Google, WhatsApp, Facebook, Instagram, dan TikTok melalui Magic Portal. Pada HONOR Magic V3, pengguna boleh membuka dua Magic Portal dengan serentak untuk membuat carian seperti perbandingan harga dan kemudahan pelayaran Internet.

HONOR Magic V3, telefon boleh lipat paling nipis dan ringan

HONOR Magic V3 merintis semula pasaran telefon boleh lipat dengan rekaan termaju. Peranti ini bukan sahaja berprestasi cemerlang, ia memiliki perkakasan yang tahan lasak dan jangka hayat bateri lebih lama, menjadikannya lebih baik berbanding telefon berbentuk bar flagship. 

Dengan ketebalan 9.2mm apabila dilipat dan hanya 4.35mm dalam keadaan dibuka, selain seberat 226g, HONOR Magic V3 melangkaui pencapaian peranti boleh lipat. 

Kunjungi HONOR Magic V3 Roadshow di Pavilion Kuala Lumpur mulai 3 hingga 8 September 2024

Sebelum pelancaran rasmi pada 5 September, HONOR mempelawa orang ramai ke jelajah HONOR Magic V3 Roadshow di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur mulai 3 hingga 8 September 2024. Pengunjung berpeluang untuk mencuba HONOR Magic V3, serta tablet flagship terbaharu HONOR MagicPad 2, dan komputer riba MagicBook Art 14.

Di sana, terdapat zon pengalaman yang membolehkan pengunjung menerokai ciri-ciri pada tiga peranti tersebut. Tambahan pula, mereka yang melengkapkan aktiviti di empat zon pengalaman – AI Eraser, Magic PortalCircle to do More, Evolution of Foldable Thickness dan Face to Face Translation, boleh menebus minuman percuma. Mereka juga boleh mencuba sendiri ciri AI Eraser dengan menangkap gambar menggunakan HONOR Magic V3 dan membuang objek latar belakang yang tidak dikehendaki.

Selepas Pavilion Kuala Lumpur, jelajah HONOR Magic V3 Roadshow yang seterusnya akan ke Queensbay Mall, Pulau Pinang. Sertai kami pada 18 hingga 22 September 2024 nanti untuk alami sendiri telefon boleh lipat HONOR yang paling nipis dan ringan!

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook rasmi dan laman sesawang HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.