Utama Mobile SKMM gesa TM peka dan ambil tindakan terhadap lebih dari 7,000 aduan...

SKMM gesa TM peka dan ambil tindakan terhadap lebih dari 7,000 aduan pengguna

1634
0

Minggu-minggu yang sibuk buat TM sejak kebelakangan ini dan selepas reda dari kontroversi peningkatan harga langganan selepas tempoh 24 bulan muncul di halaman soalan-soalan lazim portal rasminya, terbaru SKMM telah mengeluarkan satu kenyataan media yang mensasarkan kepada TM.

Kenyataan media yang diterbitkan awal pagi tadi hadir selepas berita mengenai gangguan kelembapan kelajuan internet di seluruh negara. Antara isi kandungan kenyataan media berkenaan turut menggesa pihak TM supaya mengambil tindakan proaktif terhadap segala aduan-aduan yang disampaikan oleh para penggunanya.

Pihak SKMM mengeluarkan kenyataan ini lanjutan dari gesaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang mahukan pihak TM memberikan maklumbalas yang berkesan terhadap aduan pengguna seperti harga Streamyx, liputan talian dan juga had kelajuan. Juga turut dinyatakan adalah bilangan aduan yang diterima berkenaan tahap kualiti perkhidmatan TM.

Berikut adalah kenyataan media dari SKMM berkenaan:

Secara keseluruhannya, kenyataan media yang diterbitkan oleh SKMM ini menepati suara hati kebanyakan pengguna TM yang saban hari makan hati berulam jantung mengenangkan kualiti perkhidmatan TM yang tidak padan dengan harga yang ditetapkannya.

Sumber berita diperoleh dari SKMM

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.