Utama Perkhidmatan Netflix pertimbang pengurangan harga langganan, khusus untuk pasaran Asia

Netflix pertimbang pengurangan harga langganan, khusus untuk pasaran Asia

995
0

Netflix sedang mempertimbangkan untuk menawarkan kadar harga langganan yang lebih rendah ke pasaran-pasaran terpilih bagi meningkatkan jumlah pelanggannya. Menurut sumber, Asia merupakan sasaran utama bagi memperkenalkan kadar langganan terbaru berkenaan.

Makluman ini diperoleh berdasarkan tindakan Netflix yang meningkatkan jumlah pelaburannya bagi pasaran Asia. Beberapa rancangan terbaru dari penerbit Asia telah diumumkan bersempena sebuah majlis yang diadakan di Singapura baru-baru ini. Lebih dari 100 rancangan baru sedang menjalani proses penggambaran oleh penerbit-penerbit rantau Asia termasuklah Thailand, Indonesia dan Jepun.

Memandangkan situasi pasaran perkhidmatan penstriman video yang semakin sengit, Netflix sedang berusaha meningkatkan jumlah pelanggannya dari serata dunia. Berdasarkan sejarah tertubuhnya perkhidmatan penstriman video ini, Netflix sememangnya tidak pernah mengurangkan harga langganannya. Namun, berdasarkan keadaan ekonomi dan kos sara hidup rakyat yang semakin merosot di seluruh dunia, pengurangan harga langganan ini pastinya dapat meningkatkan jumlah pelanggan mana-mana perkhidmatan.

Pada masa ini, harga pakej bulanan terendah yang ditawarkan oleh Netflix di Malaysia adalah RM33 sebulan. Jika pakej terbaru ini mampu direalisasikan, harga pakej terbaru mungkin lebih rendah dari pakej sedia ada yang ditawarkan.

Sumber berita diperoleh dari Bloomberg

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.