Perokok dikala ini sedang mengalami saat-saat sukar terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah. Kebiasaannya, sewaktu sedang mengalami stress, perokok akan lebih kuat hisap rokoknya jika dibandingkan dengan waktu-waktu lain. Time takda duit, lagi kuat hisapnya sebab banyak idea yang perlu dicari untuk menambah pendapatan dengan menghisap rokok.
Tapi, time rokok mahal ni, banyak hisap rokok bukan dapat selesaikan masalah kewangan. Lagi membebankan ada la.
Kasihan juga pada perokok.
Aku tak berminat nak kata ‘padan muka’ pada perokok ni sebab aku boleh faham betapa susah nak tinggalkan ketagihan merokok ni walaupun aku bukanlah seorang perokok. Dari dahulu, kini dan mungkin selamanya aku tak akan hisap rokok. Member-member aku yang merokok pun boleh hormat dengan pendirian aku walaupun sesekali mereka membahan dengan mengatakan bibir aku lebih pink daripada PM Najib.
Pun begitu, pada waktu begini, kita dapat lihat kecekalan perokok mencari alternatif lain dalam melepaskan gian merokok. Antara alternatif yang biasa kita lihat adalah rokok seludup, rokok elektronik dan rokok gulung.
Rokok-rokok seludup ni walaupun sukar diperoleh di pasaran terbuka, namun ianya masih lagi dapat diperoleh bagi sesetengah perokok. Entah bagaimana mereka dapat, wallahualam.
Abang ipar aku pernah hisap rokok elektronik ni. Kemain jugak dia promosi ajak geng-geng dia yang merokok pakai e-cigarette dia. Katanya tak membahayakan kesihatan sebab yang dihembus bukan asap, tapi wap air je. Ada jugak yang follow dia hisap rokok elektronik dan ada jugak yang awal-awal lagi menolak sebab tekak tak dapat nak terima.
Alternatif paling jimat yang aku lihat adalah rokok gulung. Tembakau sepeket berapa ringgit sangat pun. Kertas dia pun murah. Nak pakai filter atau tidak, terpulang. Dulu-dulu atuk aku pun hisap rokok gulung juga. Dia hisap memang tak reti pakai filter. Tak feel katanya. Tapi rokok gulung ni tak ramai yang hisap sebab nak sediakannya tu agak memakan masa. Tambahan lagi, nak gulung pun ada caranya. Kalau tak kena gaya, boleh timbul ‘rasa pahit’ pula.
Itu adalah antara cabaran yang dihadapi oleh perokok dalam menangani masalah kenaikan harga rokok. Tak ramai yang benar-benar nak berhenti hanya disebabkan kenaikan harga rokok. Malah, ada pula yang makin kuat hisapnya dek kerana tekanan akibat kenaikan harga barangan keperluan harian.
Kok gi mana sih?
wahh rokok gulung,, macam zaman dulu-dulu ^_^
Hari tu singgah melawat pakcik kat kedai runcit dia.. mmg dah mula laku tembakau utk rokok gulung ni. Cap ayam lah, tembakau jawa lah, kuda lah mcm2.. siap ada pelanggan yg tanya paip pulak tu huhu. Mmg susah org nak berhenti rokok ni kan. Tak payahlah nak cuba2 rokok ni.. bila melekat susah nak pisahkan…
sesekali baca entri ini macam promosi rokok pun ada..namun saya tahu bukan itu niat bro..apa-apapun merokok difatwakan haram …
kalau ada dayausha melawan ketagian rokok boleh dilakukan dgn niat demi kesihatan tp kalau xdaya apa nak kata…
Say no to rokok, katakan “tak nak”!… heheh *sorry ye para perokok sekalian kalau ada yg baca ni* X3
Yang hisap lebih banyak sebab runsing memikirkan kos hidup tinggi tu,rasanya tak berapa cerdik orang nya..heheheh
rokok gulung sendiri la. Tembakau sepeket murah. Cengkih pun tak mahal sangat dan kertas dia pun ada yang murah 🙂