Utama Teknologi Kementerian Kesihatan Kaji Pelaksanaan Cukai Eksais pada Rokok Elektronik, Vape

Kementerian Kesihatan Kaji Pelaksanaan Cukai Eksais pada Rokok Elektronik, Vape

1842
1

Kementerian Kesihatan sedang mengkaji untuk mengenakan cukai eksais terhadap rokok elektronik termasuk vape sebagai langkah membendung dari menjadi satu tabiat di kalangan rakyat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyatakan bahawa keperluan untuk melakukan kajian lanjut terhadap pelaksanaan ini memandangkan terdapat sesetengah perisa di dalam rokok elektronik ini mengandungi nikotin.

Nicotine is controlled under the Poisons Act 1952. Anyone who sells nicotine must apply for a permit from the pharmacy bureau. If you don’t have permit then they are making an offence and we can take action (Nikotin tertakluk di bawah Akta Racun 1952. Barangsiapa yang menjualnya perlu mendapatkan permit dari biro farmasi. Jika sesiapa yang menjual tidak memiliki permit berkenaan akan didapati bersalah dan boleh dikenakan tindakan),” ujar beliau kepada wartawan di lobi Parlimen semalam.

Beliau turut menyatakan bahawa pelaksanaan ini perlu dilakukan untuk mencegah aktiviti menghisap vape menjadi satu tabiat yang menggantikan tabiat merokok. Ini kerana pihak Kementerian Kesihatan selama ini telah berusaha gigih untuk mengatasi tabiat merokok berdekad-dekad.

In just one year, users of e-cigarettes and vape have increased significantly. Currently there are over one million users and this is a worrying development (Dalam tempoh setahun, pengguna rokok elektronik dan vape telah meningkat secara mendadak. Buat masa ini terdapat lebih dari 1 juta pengguna dan ini merupakan satu perkembangan yang amat membimbangkan),” tambah beliau lagi

Awal minggu ini, Datuk Seri Dr S. Subramaniam telah dilaporkan mengarahkan kementeriannya untuk mengambil tindakan terhadap penjual-penjual yang menjual perisa-perisa vape yang mengandungi nikotin.

-Sumber berita diperoleh dari Astro Awani, Imej hiasan dari Media Pen Merah

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.