Utama Teknologi Tengah Bulan

Tengah Bulan

1209
8

Rokok dan Air SuamBanyak gelas yang berisi dengan air kosong sahaja dapat dilihat sewaktu aku keluar lepak makan tengah hari di kafetaria ofis aku. Fenomena biasa setiap kali di waktu pertengahan bulan. Masing-masing tengah jimat belanja sementara menanti gaji masuk bermula minggu depan.

Kat tempat aku ni, biasa orang lelaki je yang keluar makan tengahari kat kafetaria. Orang perempuan pula ramai yang tapau makan kat dalam ofis atau pantry department masing-masing.

Group-group lelaki time macam ni lah nak berborak macam-macam dengan rakan sekerja. Nak gosip apa-apa pun senang kat kafetaria ni berbanding gosip kat ofis sendiri. Lagipun, lelaki ni kalau bergosip tak ramai yang pandai cover line. Bisik-bisik kat telinga member kang, takut nanti dianggap sebagai homoseksual pula.

Kembali ke kafetaria ofis aku, terdapat satu sudut yang menempatkan para perokok. Sudut ini bukanlah disediakan, tetapi ianya telah menjadi port tidak rasmi perokok untuk melepaskan tekanan masing-masing. Jika dahulu, port ini dipenuhi dengan asap-asap dari rokok berjenama seperti Dunhill, Pall Mall dan lain-lain rokok yang masuk secara sah. Sekarang ni, entah apa segala mak nenek jenis jenama rokok seludup timbul. Dari rokok gambar ”Bola”, Astro, Canyon (biasa disebut Kenyon) sehinggalah ke jenama Manchester. Tidak lupa juga kretek Surya versi seludup yang tertera notis dari kerajaan Indonesia, MEROKOK DAPAT MENYEBABKAN KANKER.

Aku fikir aku sorang je yang cut-cost, rupanya ramai lagi di luar sana yang sedang berdikit-dikit dalam perbelanjaan. Anda bagaimana?

8 KOMEN

  1. Saya sangat setuju. Rasanya zaman sekarang semuanya serupa. Kebetulan pagi tadi kami baru sahaja berbincang tentang isu yang sama. Habis bulan, habis gaji. Kadang2, baru 3 hari gaji, dah habis semuanya digunakan untuk berbagai2 bayaran pinjaman bank dan bil2 utility. Kalau nak menyimpan, teramatlah susahnya. Kalau betul2 nak menyimpan juga, boleh sebenarnya. Tapi kita akan jadi orang yang terpenjara di rumah sendiri. Tidak cuci mata di pasar raya, tidak selalu balik kampung menziarah orang tua dan sanak saudara, makan hanya minima di rumah, tiada holiday langsung dan pendek kata, jangan bergerak. Kami ada seorang rakan yang begitu dan ya, dia mempunyai simpanan yang boleh di banggakan. Tapi, apa makna kehidupan?

  2. rokok itu satu bentuk pembaziran yang nyata, terang lagi bersuluh… langsung takdak bagi zat apa2 pada badan, tambah penyakit lagi ada… alangkah bagusnya kalau semua perokok sedar dan cuba sedaya upaya jugak untuk berenti merokok, instead of giving lame excuses dan redho je dengan ketagihan yang meragut kesihatan (diri dan org lain) dan poket sendiri tu…

  3. saya tak tahu la sebab saya tak kerja..tapi suami saya biasanya sehari dua sebelum gaji pun duit dia masih ada.kami makan tetap macam biasa.seminggu sekali makan di luar…hujung minggu tetap keluar jalan2..Tapi ada satu saja yang saya perasan cara yang buat duit suami tetap ada dan boleh simpan 1,2 ratus sebulan …setiap hari dia pergi kerja ,dia akan balik makan dirumah.itu saja satu cara yang kami gunakan untuk berjimat.bab lain tak de jimat2 pun.elektrik air,guna macam biasa je….dan suami saya kata satu lagi setiap malam ke masjid jangan lupa bawak duit untuk tabung masjid jugak..hehheh

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.