Utama Mobile Telco Selangor umumkan pakej internet bersubsidi untuk kumpulan B40 dan M40

Selangor umumkan pakej internet bersubsidi untuk kumpulan B40 dan M40

604
0

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari awal hari ini telah mengumumkan sebuah lagi pakej batuna yang dinamakan sebagai Pakej Kita Selangor 2.0. Ianya diperkenalkan sebagai salah satu kaedah membantu rakyat dalam mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang wabak pandemik.

Sebanyak 25 program melalui peruntukan sejumlah RM 551.56 juta akan disediakan dengan antaranya dua pakej internet bersubsidi yang menumpukan kumpulan rakyat B40 dan M40.

Salah satunya program Data Internet Selangor yang melibatkan pek SIM dengan kuota data tanpa had akan ditawarkan kepada 70,000 orang penerima yang layak di bawah kategori B40.

Manakala sebuah lagi program, Skim Internet Selangor Kategori M40 (SISM40) akan dilaksanakan dengan kerjasama TM. Program ini dijangka akan mula ditawarkan kepada seluruh rakyat negeri Selangor bermula 1 Julai 2021.

SISM40 akan ditawarkan menerusi lapan pakej yang meliputi subsidi di antara RM 10 hingga RM 30 setiap bulan selama setahun.

Bagaimana, Menteri Besar Selangor tidak menyatakan perincian lanjut mengenai program internet bersubsidi ini di dalam ucapannya tadi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.