Utama Telco Digi Pelan Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle tawarkan telefon percuma Samsung

Pelan Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle tawarkan telefon percuma Samsung

279
0

Digi melalui Program Jaringan Prihatin, akan menawarkan subsidi rebat peranti RM180 (untuk individu bujang dan berkahwin tanpa anak) dan rebat peranti RM300 (untuk pasangan berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang mempunyai anak di bawah 18 tahun) kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menerusi program ini, penerima yang layak boleh mendapatkan telefon pintar Samsung, seperti Samsung Galaxy A02 secara percuma atau Samsung Galaxy A02s serendah RM95 dengan pelan Prihatin 35 Prepaid Bundle.

Pelan ini juga menyediakan penawaran hebat lain seperti kuota data 30GB sebulan, panggilan tanpa had dan internet harian percuma sebanyak 2GB untuk sejam setiap hari selama setahun. Bagi anda yang berminat dengan pakej ini, anda boleh membuat bayaran wang pendahuluan RM 100 tanpa sebarang ikatan kontrak.

Galaxy A02Galaxy A02s
Skrin6.5-inci6.5-inci
Kamera3 kamera
(2 belakang, 1 depan)
4 kamera
(3 belakang, 1 depan)
RAM3GB4GB
Storan32GB

(storan luaran sehingga 1TB)

64GB

(storan luaran sehingga 1TB)

Bateri5,000mAh5,000mAh dengan pengecasan pantas 15W
PemprosesMediatek MT6739WWSnapdragon SDM450
HargaPercuma dengan langganan Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle

(bayaran pendahuluan RM100)

RM95 dengan langganan Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle

(bayaran pendahuluan RM100)

Tawaran ini terbuka bagi penerima-penerima yang layak sehingga 31 Julai 2021. Kunjungi laman rasmi Pelan Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle untuk maklumat lanjut.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.