Bagi meringankan beban rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan program Data Internet Selangor di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Melalui program ini, penerima yang layak akan diberikan subsidi kad SIM data internet tanpa had. Kad SIM tersebut didatangkan bersama-sama pakej data internet tanpa had yang bernilai RM 35 sebulan.

Penerima yang layak hanya perlu membayar RM 15 sahaja sebulan kerana RM 20 telah diberikan subsidi oleh kerajaan negeri selama setahun.

Seramai 70,000 orang penerima yang layak akan menerima di bawah program ini yang merangkumi pelajar, ibu tunggal, penjaja kecil, pekerja-pekerja gig ekonomi, pemandu teksi, dan warga emas.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.