Sering kali, pasaran telefon pintar boleh lipat dibayangi oleh kebimbangan pengguna mengenai isu ketahanan peranti yang dianggap rapuh.
Walau bagaimanapun, HONOR kini bersedia untuk menamatkan keraguan tersebut sepenuhnya menerusi Magic V6. Melalui penambahbaikan struktur yang komprehensif, peranti ini dijangka mengubah persepsi umum terhadap kelasakan telefon pintar boleh lipat di pasaran.
Engsel ‘Super Steel’ Berkekuatan Tinggi

Salah satu inovasi kritikal yang mendasari ketahanan peranti ini ialah penggunaan Engsel Keluli Super HONOR (HONOR Super Steel Hinge).
Engsel ini dibina menggunakan bahan keluli istimewa yang memiliki tahap kekuatan tegangan (tensile strength) yang sangat tinggi mencecah 2,800 MPa.
Kekuatan kejuruteraan ini menjadikannya antara keluli gred komersial paling teguh yang pernah diintegrasikan dalam mana-mana peranti pengguna.
Diuji Untuk Setengah Juta Lipatan
Bagi membuktikan jangka hayat mekanikalnya, HONOR telah mendapatkan pengesahan daripada firma ujian bebas antarabangsa, SGS.
Ujian ketat tersebut mengesahkan HONOR Magic V6 berjaya melengkapkan ujian ketahanan melepasi 500,000 kitaran lipatan tanpa masalah.
Berdasarkan jangkaan HONOR, angka ini menterjemahkan Magic V6 boleh digunakan selama lebih 13 tahun dengan andaian pengguna melipat peranti tersebut sebanyak 100 kali setiap hari.
Perlindungan Berganda IP68 dan IP69
Dari segi ketahanan terhadap elemen luaran, peranti ini mendahului kelasnya dengan penarafan rintangan debu dan air berganda, iaitu IP68 dan IP69.
Penarafan IP68 bermaksud telefon pintar ini mampu bertahan walaupun ditenggelamkan ke dalam air sedalam 1.5 meter.
Lebih mengagumkan, pensijilan tambahan IP69 menjamin peranti ini turut kalis terhadap semburan air yang bertekanan dan bersuhu tinggi, memberikan keyakinan maksimum kepada pengguna dalam persekitaran ekstrem.
Tarikh Pelancaran Pasaran Tempatan
Bagi pasaran tempatan, HONOR Magic V6 dijadualkan untuk pelancaran rasmi di Malaysia pada 4 Jun jam 8 malam. Anda yang berminat boleh mula membuat tempahan lebih awal menerusi promosi Early Bird Exclusive yang sedang berlangsung.











