Setiap pendidik pasti pernah berhadapan dengan situasi di mana persiapan rapi yang memakan masa berjam-jam hanya disambut dengan pandangan kosong pelajar.
Dalam dunia digital yang bergerak pantas hari ini, mengekalkan perhatian pelajar di dalam kelas telah menjadi salah satu cabaran terbesar bagi warga pendidik.
Sesi pembelajaran kini terpaksa bersaing dengan gangguan berterusan dan jangka masa tumpuan yang semakin pendek. Generasi pelajar masa kini membesar dengan jangkaan bahawa maklumat perlu disampaikan secara interaktif, visual, dan menarik.
Penyelesaiannya melalui pendekatan pengajaran yang lebih pintar dan bukan lagi melalui kaedah pengajaran yang lebih keras.
Mengubah Pengalaman Bilik Darjah
Bagi menangani cabaran ini, peranti pintar seperti Samsung Galaxy Tab kini memainkan peranan penting dalam mengubah landskap di dalam bilik darjah.
Ia tidak lagi berfungsi sekadar sebagai peranti elektronik biasa, tetapi telah berevolusi menjadi rakan pengajar yang membantu pendidik menghidupkan sesi pembelajaran.
Perubahan ini merombak kaedah arahan sehala tradisional kepada pengalaman yang lebih dinamik. Menerusi penggunaan siri Galaxy Tab, guru kini boleh:
- Mengajar secara lebih interaktif melalui perkongsian kandungan masa nyata dan anotasi menggunakan pen pintar S Pen.
- Merancang dan menyusun jadual dengan mudah menggunakan satu peranti pusat untuk persediaan dan pengajaran.
- Kekal terhubung merentasi pelbagai peranti Galaxy untuk akses dan perkongsian kandungan yang lancar.
- Menarik minat pelajar secara visual dengan paparan skrin yang besar dan imersif.
- Melakukan pelbagai tugas secara serentak dengan aplikasi yang dibuka sebelah-menyebelah menggunakan ciri Split Screen (Skrin Terbahagi).
- Bekerja dengan lebih pintar menggunakan ciri Note Assist (Bantuan Nota) yang dikuasakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyusun contengan ringkas menjadi poin-poin yang kemas.
Inisiatif Bilik Darjah Dikuasakan AI
Pengalaman pengajaran moden ini sedang didemonstrasikan secara meluas melalui Inisiatif Bilik Darjah Dikuasakan AI oleh pihak Samsung.
Kempen ini mempamerkan bagaimana teknologi mampu menyokong pendidik dalam mencipta persekitaran pembelajaran yang berkesan.
Peranan asas guru kekal utuh, namun cara mereka disokong untuk mencapai misi pendidikan sedang melalui fasa evolusi yang positif.
Teknologi ini memacu peralihan daripada pendengaran pasif kepada penyertaan aktif. Di samping, ia juga memberi ruang kepada pendidik untuk berhubung dengan pelajar dalam era di mana tumpuan merupakan sumber paling berharga.
Selain membantu guru, pelajar juga menerima manfaat yang besar. Melalui alat bantu seperti S Pen dan keupayaan Galaxy AI untuk merumuskan bahan kajian, peranti ini direka bagi memudahkan proses menelaah pelajaran.
Bagi memenuhi keperluan spesifik, terdapat pelbagai variasi peranti yang ditawarkan, bermula daripada model Samsung Galaxy Tab S11 Ultra yang dibina untuk produktiviti dan kreativiti lanjutan, sehinggalah kepada model serba guna seperti Samsung Galaxy Tab S10 FE untuk sokongan pembelajaran harian.
Tawaran Eksklusif Warga Pendidikan
Sebagai usaha memperkasakan generasi masa hadapan melalui inovasi digital, Samsung turut menyediakan potongan harga khas.
Pelajar dan guru kini boleh menikmati diskaun bermula daripada 20 peratus untuk pembelian Siri Samsung Galaxy Tab melalui program Pelajar & Guru Samsung.
Terdapat juga tambahan diskaun sebanyak 5 peratus dengan perbelanjaan minimum RM100 yang sah dari sekarang sehingga 30 September 2026.
Maklumat lanjut mengenai tawaran terperinci serta barisan penuh tablet ini boleh didapati secara terus menerusi laman web rasmi tawaran pelajar dan halaman produk tablet Samsung Malaysia.










